Berikut adalah Jadual Pembayaran BRIM 2017 ... Korang boleh semak status permohonan korang kat SEMAKAN STATUS 2017 ...
PERINGATAN
MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG PALSU berkaitan BR1M di media sosial seperti berikut :
a. http://brim-hasil.net/
b. https://www.facebook.com/BR1M3/
c. http://www.br1m.info
d. http://www.br1m.net
e. http://www.br1m2017.com
f. http://www.bantuanrakyat1malaysia.com
Oleh itu, tuan / puan adalah dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.
Untuk makluman, LHDNM juga tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian BR1M secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berikut adalah bukan milik LHDNM:
+6016-830-1970
+6016-736-9364
+6016-594-7475
LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada tuan / puan yang ada membuat panggilan di talian bebas tol BR1M dan tuan / puan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
LHDNM menerima aduan dimana terdapat permohonan BR1M 2017 yang dikemukakan kepada pihak ketiga telah dikenakan bayaran. Untuk makluman, kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan BR1M 2017. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk hadir terus ke cawangan LHDNM yang berhampiran bagi tujuan permohonan BR1M 2017.
Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.
Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih ...