Senyum adalah riak wajah yang ditunjukkan manusia biasanya ketika gembira. Senyum ditunjukkan dengan mulut, dan boleh juga dengan mata ...
Senyum adalah cara yang paling mudah untuk meredakan ketegangan akibat stress ... Mereka yang kerap melemparkan senyuman ketika berdepan tugasan berat memiliki kadar degupan jantung yang lebih rendah ... Ini menandakan mereka berupaya mengurangkan kebimbangan lebih cepat berbanding orang lain ...
Orang tersenyum kerana banyak sebab, misalnya kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil ... Kadang-kadang orang tersenyum untuk menutup perasaan yang memalukan ... Senyum sering digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan ... Ada jugak yang nampak tersenyum bahagia, tapi hati nyer menangis tak sapa yang tahu ... 😅😅😅
Senyuman juga haruslah kena pada tempatnya ... Jangan senyum bertujuan maksiat seperti senyum antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram sehingga lahir perasaan yang bukan-bukan ... Jangan sengih tak tentu pasal nanti dikatakan gila plak 😁😁😁 ... Pandailah memilih yang mana baik dan buruk untuk diamalkan ... Jangan biarkan senyuman sedekah menjadi bala dan maksiat ... Sia-sia je kalau perkara ini berlaku ...
"Sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak iaitu tasbih, tahmid, takbir, tahlil( zikir ), amar makruf nahi mungkar, membuat penghalang ( duri, batu ) daripada jalan, menolong orang, sehinggakan senyum kepada saudara juga adalah sedekah."
"Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, meskipun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum ( wajah ceria )."
Sumber :