Search This Blog

Senyumlah ...


Senyum adalah riak wajah yang ditunjukkan manusia biasanya ketika gembira. Senyum ditunjukkan dengan mulut, dan boleh juga dengan mata ... 

Senyum adalah cara yang paling mudah untuk meredakan ketegangan akibat stress ... Mereka yang kerap melemparkan senyuman ketika berdepan tugasan berat memiliki kadar degupan jantung yang lebih rendah ... Ini menandakan mereka berupaya mengurangkan kebimbangan lebih cepat berbanding orang lain ...

Orang tersenyum kerana banyak sebab, misalnya kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil ... Kadang-kadang orang tersenyum untuk menutup perasaan yang memalukan ... Senyum sering digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan ... Ada jugak yang nampak tersenyum bahagia, tapi hati nyer menangis tak sapa yang tahu ...  😅😅😅

Senyuman juga haruslah kena pada tempatnya ... Jangan senyum bertujuan maksiat seperti senyum antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram sehingga lahir perasaan yang bukan-bukan ... Jangan sengih tak tentu pasal nanti dikatakan gila plak 😁😁😁 ... Pandailah memilih yang mana baik dan buruk untuk diamalkan ... Jangan biarkan senyuman sedekah menjadi bala dan maksiat ... Sia-sia je kalau perkara ini berlaku ...



"Sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak iaitu tasbih, tahmid, takbir, tahlil( zikir ), amar makruf nahi mungkar, membuat penghalang ( duri, batu ) daripada jalan, menolong orang, sehinggakan senyum kepada saudara juga adalah sedekah."

"Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, meskipun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum ( wajah ceria )."

Sumber :

CPUV NUFFNANG #102 | KFC CHEESY ONION CRUNCH



Alhamdulillah ... Dua hari lepas ada dapat kempen baru lagi ... Kali nie daripada KFC ...


Wahhh menarik nampak nyer nih ... Ape plak yang nak dikempenkan nie ... Aku kalau cheesy cheesy nie memang lah suka ... Jap aku skodeng ...



Oooo ... KFC Malaysia telah menghasilkan sos istimewa Cheezy Onion Crunch khas buat penggemar keju ... Kata depa lah kan, gabungan sempurna antara keju dan bawang akan merangsang selera pelanggan dengan perisa di luar jangkaan ... Kita tengok lah dulu cam ner nanti ... Kena lah rase cam nie ... Errkkk, BigBosssss, jommm ...

“Produk terbaru ini merupakan gabungan perisa keju dan bawang, begitu sempurna hingga pasti membangkitkan aroma rasa yang menyelerakan. Kesedapannya mam­pu membuat anda terpukau."

KFC Cheezy Onion Crunch boleh didapati di dalam dua kombo pilihan ...

Set Ayam 2 Ketul

Set Ayam 5 Ketul

Akan kuusulkan kat bebudak dengan segera ... Biar bebudak menjalankan tugas membodek ... Hehehe ...



Kengkawan kalau ada jumpa iklan Dove menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...


Terima kasih #nuffnang
#kfccheesyonioncrunch #kfcmalaysia
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct
Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...





ANAK-ANAK BERADABLAH DENGAN GURU, IBUBAPA & ORANG TUA


Assalamualaikum & Hi kengkawan semua ... Sedang saya baca-baca status kengkawan pagi tadi, terbaca jugak status makcik saya @Nyai Mariani yang merupakan seorang guru dah berpuluh-puluh tahun ... Beliau jugak pernah ajar saya masa kecik dulu ... Dibawah saya copy jer status beliau ... Jom baca ... 

CnP Muzayyanah MY:
Tersentap saya bila terbaca nasihat daripada guru saya ...

*"Bermulanya kerosakan adab seseorang pelajar bila gurunya lebih menjaga hati pelajar daripada pelajar menjaga hati gurunya"*



Kesian cikgu hari ni.. Kena berhadapan dengan pelajar2 yang tak jaga langsung adab dengan cikgu.. Sampai guru tertekan.. Ada guru yg cerita dengan saya leps ceramah menangis.. Anak murid nya panggil dengan panggilan binatang..Anak murid buat muka dengan cikgu.. Bila cikgu rotan dengan tujuan mendidik mengadu kat mak ayah.. Mak ayah mula serang cikgu.. Viralkan.. Dan macam2 lagi.. Kadang2 kita sebagai mak ayah terlalu manjakan anak2.. Terlalu percaya pada anak.. Sehingga anak2 berani menipu.. Berani kurang ajar dengan cikgu.. YaAllah ampunilah anak2 pelajar saya... 



Saya risau kalau kita sebagai mak ayah teruskan dengan sikap x selidik.. Sebelum bertindak.. Saya takut2 kita bukan sayangkan anak sebenarnya.. Malah kita hancurkan masa depan anak2.. Saya selalu bagitau pelajar2 dalam ceramah.. "Kalau kita mengumpat cikgu.. Maki cikgu.. Kurang ajar dengan cikgu..jangan harap dapar keberkatan daripada guru.. Padahal keberkatan guru lah asbab kita berjaya masa hadapan.. Hidup tenang dan bahagia.. Tapi malangnya anak2 dapat "lesen besar" daripada mak ayah.. Seolah olah sikit pun xboleh sentuh anaknya.. Lama kelamaan tak ada lagi orang yg akan hormat pda guru.. 



Saya kerap di panggil oleh sekolah2 terbaik di malaysia.. Bila saya tanya tajuk apa cikgu? Cikgu jawab "sekolah ni ustaz basuh bab hormat guru.. Mereka anak orang kaya.. Orang elite.. Tapi kesian ustaz.. Bila kami tegur marah denda mereka.. Mak ayah mereka selalu salahkan cikgu.. Kami dah x tau nak buat apa.." Ada sekolah sampai cikgu kena saman sebab kejut anak dia bangun subuh mungkin cikgu tu rotan sebab anak dia xnak bangun subuh.. Allahu.. Kalau saya cikgu rotan laa kaw kaw kalau dia x solat.. 

Wahai ibu bapa.. Bukankah kita juga dulu pernah di rotan? Di tarik sekben? Di denda diri atas kerusi? Di tampo? Sehingga hari ni kita berjaya.. Sebab mak ayah kita dulu tak pernah menangkan kita kalau kita mengadu kat mak ayah kita.. Kita lagi teruk kena dengan mak ayah kita kalau kita ngadu cikgu pukul kita.. Ingat tak? 

Kesian.. Betul la kata ustaz saya tadi.. Bila cikgu lebih nak menjaga hati pelajar berbanding pelajar jaga hati cikgu.. Bermulanya kerosakan adab.. 

YaAllah ampunilah kami.. 
Bagilah kami sebagai mak ayah faham betapa besarnya pengorbanan  seorang guru.. Kita serah bulat2 pada guru untuk didik anak kita.. Padahal tanggungjawab tu tanggungjawab kita sebenarnya..

Ya Allah.. Jadikanlah kami mak ayah yg sangat memahami perasaan guru dan mementingkan anak kami beradab dengan guru.. 

YaAllah ampunilah kami.. Kami berdosa dengan guru2 anak2 kami.. Aamiin 

Nota kaki : sebenarnya begitu juga ibubapa dgn anak. 


*Rosak adab jika ibubapa lebih menjaga hati anak daripada si anak menjaga hati ibu bapanya*

Motivator Remaja,
Ustaz Khailil Razak

Semoga bermanfaat untuk saya dan kengkawan semua ... Jangan lupa jalan-jalan kat Kisah Hidup Ku & Join segmen kat Jom Bercontest