Search This Blog

CPUV NUFFNANG #102 | KFC CHEESY ONION CRUNCH



Alhamdulillah ... Dua hari lepas ada dapat kempen baru lagi ... Kali nie daripada KFC ...


Wahhh menarik nampak nyer nih ... Ape plak yang nak dikempenkan nie ... Aku kalau cheesy cheesy nie memang lah suka ... Jap aku skodeng ...



Oooo ... KFC Malaysia telah menghasilkan sos istimewa Cheezy Onion Crunch khas buat penggemar keju ... Kata depa lah kan, gabungan sempurna antara keju dan bawang akan merangsang selera pelanggan dengan perisa di luar jangkaan ... Kita tengok lah dulu cam ner nanti ... Kena lah rase cam nie ... Errkkk, BigBosssss, jommm ...

“Produk terbaru ini merupakan gabungan perisa keju dan bawang, begitu sempurna hingga pasti membangkitkan aroma rasa yang menyelerakan. Kesedapannya mam­pu membuat anda terpukau."

KFC Cheezy Onion Crunch boleh didapati di dalam dua kombo pilihan ...

Set Ayam 2 Ketul

Set Ayam 5 Ketul

Akan kuusulkan kat bebudak dengan segera ... Biar bebudak menjalankan tugas membodek ... Hehehe ...



Kengkawan kalau ada jumpa iklan Dove menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...


Terima kasih #nuffnang
#kfccheesyonioncrunch #kfcmalaysia
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct
Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...





ANAK-ANAK BERADABLAH DENGAN GURU, IBUBAPA & ORANG TUA


Assalamualaikum & Hi kengkawan semua ... Sedang saya baca-baca status kengkawan pagi tadi, terbaca jugak status makcik saya @Nyai Mariani yang merupakan seorang guru dah berpuluh-puluh tahun ... Beliau jugak pernah ajar saya masa kecik dulu ... Dibawah saya copy jer status beliau ... Jom baca ... 

CnP Muzayyanah MY:
Tersentap saya bila terbaca nasihat daripada guru saya ...

*"Bermulanya kerosakan adab seseorang pelajar bila gurunya lebih menjaga hati pelajar daripada pelajar menjaga hati gurunya"*



Kesian cikgu hari ni.. Kena berhadapan dengan pelajar2 yang tak jaga langsung adab dengan cikgu.. Sampai guru tertekan.. Ada guru yg cerita dengan saya leps ceramah menangis.. Anak murid nya panggil dengan panggilan binatang..Anak murid buat muka dengan cikgu.. Bila cikgu rotan dengan tujuan mendidik mengadu kat mak ayah.. Mak ayah mula serang cikgu.. Viralkan.. Dan macam2 lagi.. Kadang2 kita sebagai mak ayah terlalu manjakan anak2.. Terlalu percaya pada anak.. Sehingga anak2 berani menipu.. Berani kurang ajar dengan cikgu.. YaAllah ampunilah anak2 pelajar saya... 



Saya risau kalau kita sebagai mak ayah teruskan dengan sikap x selidik.. Sebelum bertindak.. Saya takut2 kita bukan sayangkan anak sebenarnya.. Malah kita hancurkan masa depan anak2.. Saya selalu bagitau pelajar2 dalam ceramah.. "Kalau kita mengumpat cikgu.. Maki cikgu.. Kurang ajar dengan cikgu..jangan harap dapar keberkatan daripada guru.. Padahal keberkatan guru lah asbab kita berjaya masa hadapan.. Hidup tenang dan bahagia.. Tapi malangnya anak2 dapat "lesen besar" daripada mak ayah.. Seolah olah sikit pun xboleh sentuh anaknya.. Lama kelamaan tak ada lagi orang yg akan hormat pda guru.. 



Saya kerap di panggil oleh sekolah2 terbaik di malaysia.. Bila saya tanya tajuk apa cikgu? Cikgu jawab "sekolah ni ustaz basuh bab hormat guru.. Mereka anak orang kaya.. Orang elite.. Tapi kesian ustaz.. Bila kami tegur marah denda mereka.. Mak ayah mereka selalu salahkan cikgu.. Kami dah x tau nak buat apa.." Ada sekolah sampai cikgu kena saman sebab kejut anak dia bangun subuh mungkin cikgu tu rotan sebab anak dia xnak bangun subuh.. Allahu.. Kalau saya cikgu rotan laa kaw kaw kalau dia x solat.. 

Wahai ibu bapa.. Bukankah kita juga dulu pernah di rotan? Di tarik sekben? Di denda diri atas kerusi? Di tampo? Sehingga hari ni kita berjaya.. Sebab mak ayah kita dulu tak pernah menangkan kita kalau kita mengadu kat mak ayah kita.. Kita lagi teruk kena dengan mak ayah kita kalau kita ngadu cikgu pukul kita.. Ingat tak? 

Kesian.. Betul la kata ustaz saya tadi.. Bila cikgu lebih nak menjaga hati pelajar berbanding pelajar jaga hati cikgu.. Bermulanya kerosakan adab.. 

YaAllah ampunilah kami.. 
Bagilah kami sebagai mak ayah faham betapa besarnya pengorbanan  seorang guru.. Kita serah bulat2 pada guru untuk didik anak kita.. Padahal tanggungjawab tu tanggungjawab kita sebenarnya..

Ya Allah.. Jadikanlah kami mak ayah yg sangat memahami perasaan guru dan mementingkan anak kami beradab dengan guru.. 

YaAllah ampunilah kami.. Kami berdosa dengan guru2 anak2 kami.. Aamiin 

Nota kaki : sebenarnya begitu juga ibubapa dgn anak. 


*Rosak adab jika ibubapa lebih menjaga hati anak daripada si anak menjaga hati ibu bapanya*

Motivator Remaja,
Ustaz Khailil Razak

Semoga bermanfaat untuk saya dan kengkawan semua ... Jangan lupa jalan-jalan kat Kisah Hidup Ku & Join segmen kat Jom Bercontest

TAZKIRAH JUMAAT #63 | TAKUT KEPADA ALLAH


Salah satu sikap yang harus kita miliki sebagai muslim adalah rasa takut kepada Allah Swt ... Takut kepada Allah disini adalah adalah takut kepada murka, siksa dan azab-Nya ...

Adanya rasa takut kepada Allah Swt, membuat kita tidak berani melanggar segala ketentuan-Nya ... Yang diperintah kita kerjakan dan yang dilarang kita tinggalkan ... Takut kepada Allah akan membuat seseorang memperbanyakkan amal solehnya selama hidup di dunia ini ...


Takut kepada Allah berbeza dengan takut kepada binatang atau musuh dalam hal ini adalah takut kepada sesama manusia ... Jika takut terhadap binatang buas atau musuh yang ganas, kita harus menjauhi dan menghindarinya, sedangkan takut kepada Allah maka kita harus lebih mendekatkan diri kepada-Nya ... Semakin hebat rasa takut kepada Allah dalam hati seseorang, hendaknya semakin rajin mendekatkan diri kepada-Nya ...

Murtad

Berlakunya kemungkaran dan maksiat di sekeliling kita hari ini disebabkan rasa takut akan azab dan seksaan maha pedih dari Allah tidak ada dalam hati mereka yang melakukannya dan ini menunjukkan mereka tidak takut sama sekali dengan Allah ...

Sebenarnya rasa takut kepada Allah ini bergantung kepada tingkat keimanan seseorang ... Jika sekadar percaya adanya Allah tetapi tidak dapat berasakan takut kepada Allah, maka iman orang itu amat tipis dan lemah kerana tidak dapat berasa gerun kepada neraka serta azab Allah ... Orang yang betul-betul kenal dan takut kepada Allah hanya lahir di hati mereka yang mempunyai sikap tawakal atau penyerahan pada Allah ... Dengan kata lain, hanya orang beriman saja yang akan dapat merasai rasa takut itu ...

Dengan kata lain, tidak ada rasa takut dan gerun kepada Allah menandakan hati seseorang itu telah mati ... Al-Quran mengingatkan mengenai seksaan pedih bakal diterima orang yang derhaka (tidak takut) dan balasan nikmat bagi mereka yang melakukan kebaikan (takut).

Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam 7 perkara.

1.Pada lisannya. Iaitu orang yang menghindarkan dirinya dari dusta, ghibah, menyebar fitnah dan banyak bicara. Sebaliknya ia malah menyibukkan diri dengan memperbanyakkan zikir, membaca Al-Qur'an & mencari serta berbagi ilmu. 

Bermaafan
2.Pada hatinya. Iaitu orang yang membuang rasa permusuhan, kebodohan & kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda; "Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.'" Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu & amal. 

3.Pada pandangannya. Iaitu orang yang tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian dan hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi ia memandangnya dgn mengambil iktibar. Rasulullah Saw telah bersabda; " Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari Kiamat." 


4.Pada perutnya. Iaitu orang yang perutnya tidak diisi barang yang haram. Itu dosa besar. Sebagaimana Rasulullah Saw bersabda; " Ketika sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit & di bumi melaknatinya selama sesuai dan seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka." 

Rasuah Itu Haram

5.Pada kedua tangannya. Iaitu orang yang tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah Swt. Rasul Saw bersabda; "Sesungguhnya Allah Swt telah menciptakan bangunan yang di dalamnya terdapat 72 ribu aula. Setiap aula terdapat 70 ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya krn takut kepada Allah." 

6.Pada langkah (kakinya). Iaitu orang yang tidak berjalan untuk bermaksiat, tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keridhaanNya serta untuk bergaul dengan para ulama, orang-orang saleh. 

7.Terlihat pada ketaatannya. Iaitu orang yang menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah Swt, dan ia takut pada riya’ dan munafik. 


Semoga kita dan anak2 keturunan kita menjadi orang-orang yang bertakwa dan senantiasa dijaga oleh Allah Swt dan dijauhkan dari apa2 yang diharamkan Allah Swt. Aamiin

Sumber :