Search This Blog

[RIO2016] LAGI PINGAT PERAK MENERUSI BEREGU LELAKI


Pasangan beregu lelaki Tan Wee Kiong dan Goh V Shem menghadiahkan pingat Perak untuk Malaysia bagi acara Badminton Beregu Lelaki di Sukan Olimpik Rio 2016 ...

21 - 16, 11 - 21, 21 - 23 


Memang lah harapan seluruh rakyat Malaysia nakkan emas ... Tak pe kalah bermaruah ... Mungkin agak ralat skit permainan semasa set ke-2 ...

Ape-ape pun tahniah buat pasangan beregu ini ... Perbaiki kelemahan ... Cuba lagi 4 tahun akan datang ...

Buat seluruh rakyat Malaysia ... Jom bagi sokongan buat LCW plak ... 




[RIO2016] LEE CHONG WEI MENGINTAI KILAUAN EMAS

Yeayyy ... LCW menang lawan Lin Dan ... Rase nyer semua dah tau ... 

15 - 21, 21 - 11, 22 - 20

Fuiyooo ... Dia punyer debar macam tengok final plak ... Berpeluh-peluh sama ngan pemain ... Satu kepuasan kot dapat mengalahkan Lin Dan ... 


So, sekarang LCW melangkah ke final ... Harap sangat dapat ler emas nanti ... Sekarang LCW dah 33 tahun rase nyer ... Maybe ini Olimpik yang terakhir untuk LCW ... So sad kan ... Pelapis sehandal beliau tak nampak pun lagi ...

Jom buat ape2 yang patut sementara menunggu perlawanan beregu lelaki plak ...

#rio2016
#LCW
#badminton

La Tahzan Innallaha Ma'ana

Saya suka kongsi kata-kata senior saya nie ... 
Untuk kegunaan saya dan kengkawan ...



Fitrah manusia sememangnya saling memerlukan namun ia bukan satu alasan untuk kita terlalu mengharapkan manusia lain untuk meneruskan kehidupan. Terlalu mengharapkan manusia menyebabkan anda terdedah kepada kecewa dan derita kerana manusia boleh hilang dan 'pergi'. Bayang2 sendiri pun akan tinggalkan kita tika kegelapan melanda. Lantas, usah terlalu mendambakan dan mengharapkan insan untuk membahagiakan hidup anda kerana anda akan terdedah kepada kekecewaan. Harapkanlah Allah pada setiap masa dan ketika, Dia takkan sesekali mengecewakan anda. Malah, tika anda mengharapkan Dia sepenuhnya, Dia akan utuskan seseorang bagi membantu melaksanakan harapan anda sebaiknya, insyaAllah! (",)

Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie
013-2545965  
binabahagia@gmail.com 
*boleh hubungi beliau untuk urusan guaman @ khidmat nasihat