Search This Blog

KEDAI BUKU ONLINE | BOOKCAFE.COM.MY

Assalamualaikum dan Salam Sejantera kengkawan ... Kepada pencinta-pencinta buku yang tak berkesempatan nak ke kedai membeli buku-buku baru ... Korang boleh lah membeli secara online kat BOOKCAFE.COM.MY ...

Kalau korang berangan-angan nak beli buku secara online ... Korang boleh datang sini ... Macam-macam jenis buku ada ...











Kalau korang berhajat nak hadiah kan buku kat anak-anak ker anak sedara ker ... Boleh jugak mai shopping kat sini ... Jom skodeng buku apa yang ada kat sini ... Korang boleh ler ajak anak-anak tengok sekali pilih mana yang dia orang berkenan ...



Ada banyak lagi sebenar nyer ... Cemuih plak korang tengok nanti ... Pilih jer mana korang berkenan ... Harga pun berpatutan ... Kalau kena pada masa nyer ada diskaun plak lagi ... Memang digalakkan lah beli kat sini  ... Ini lah sebab nyer ...

RESEPI MANGGA SUSU


Bahan-bahan:
- 1 biji mangga 
- 1 cawan ais 
- 3 sudu besar susu pekat 

Topping: 
- Mangga (dipotong dadu) 

Cara-cara: 
1. Blend mangga, ais, dan susu pekat sehingga sebati. 
2. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan topping kiub mangga. 
3. Hidang!


TIPS TIDUR

Hai korang ... Nak tanya skit ... Anak-anak korang susah tidur tak ? ... Anak aku yang sulung nie susah nyer lah nak tidur ... Agak lewat jugak dia tidur ... Tapi tak de plak dia susah bangun pagi masa nak gie sekolah tu ... Tapi kalau waktu cuti tu memang lewat ler dia bangun ... Anak aku yang no.2 dan no.3 tak de masalah tido ... Yang kecik sekali nie, kalau siang tu dia penat main senang ler dia tidur ... Kalau kebetulan dia tidur lewat petang, maka memang ler susah dia nak tidur malam tu ... So, aritu aku dapat tips tido nih kat metro online ... Saje aku kongsi kat sini supaya senang aku nak rujuk bila-bila masa nanti ... Semoga bermanfaat juga buat kengkawan ... Bagi yang beragama Islam boleh amalkan doa sebelum tido ...


Tip tidur untuk bayi berusia satu hingga dua bulan

• Perhatikan corak tidur bayi dan kenal pasti tanda mengantuk.

• Letakkan bayi dalam buaian ketika mula mengantuk dan bukannya selepas tidur.

• Baringkan bayi dengan muka dan kepalanya bebas daripada gangguan selimut atau bantal.

• Galakkan bayi tidur pada waktu malam

Tip tidur untuk bayi berusia tiga hingga 12 bulan

• Atur jadual tidur siang dan malam.

• Amalkan rutin yang konsisten dan menyeronokkan bagi membolehkan mereka tidur lena pada waktu malam.

• Wujudkan suasana persekitaran yang ‘mesra tidur’, misalnya mengurangkan kecerahan lampu dan mengurangkan bunyi-bunyian.

• Galakkan bayi tidur dengan sendiri.




Tip tidur untuk kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun

• Kekalkan jadual tidur harian dan rutin tidur yang konsisten.

• Menjadikan persekitaran bilik tidur yang sama setiap malam.

• Tegas dalam menetapkan had konsisten agar mudah difahami kanak-kanak.

• Galakkan penggunaan objek permainan lembut seperti patung haiwan dan selimut sebelum tidur.

• Galakkan anak minum susu sebelum tidur.

Tip tidur untuk kanak-kanak prasekolah

• Kekalkan jadual tidur yang konsisten.

• Lakukan aktiviti rutin yang bersifat santai sebelum tidur dalam bilik anak (misalnya membaca buku cerita atau mengemas beg sekolah).

• Tetapkan masa menonton televisyen atau bermain komputer sebelum jam 9 malam.


Tip tidur kanak-kanak sekolah rendah

• Disiplinkan anak mengenai tabiat tidur yang betul.

• Teruskan dengan jadual, rutin dan had tidur yang ditetapkan sebelum ini.

• Pastikan bilik tidur anak dalam keadaan kondusif.

• Elakkan anak mengambil makanan berat sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam sebelum waktu tidur.

• Elakkan anak mengambil minuman berkafein seperti kopi atau minuman berkarbonat sebelum tidur.


Nor Faizah Mohamed
faizah@hmetro.com.my
Rabu, 27 Julai 2016 @ 12:52 PM