Search This Blog

MEMAAFKAN


Sepanjang hidup, tentu kita pernah merasakan kecewa, sedih, kesal, ataupun marah kerana  sikap orang lain yang tidak baik pada kita .. Sahabat yang mengkhianati, pasangan yang curang, keluarga yang bercerai-berai, rakan kerja yang kaki kipas; banyak hal yang akhirnya membuat kita berpikir "Nak maafkan ker tak?"

Ya, memaafkan atau memberi maaf jelas bukan hal yang mudah. Berdamai dengan diri sendiri, keadaan, dan mereka yang menyakiti memang bukan perkara mudah..



Maaf sama ada dipohon atau diberi, adalah satu kewajipan. Memaafkan bukan bererti melupakan. Memaafkan bukan bermaksud memberi peluang. Memaafkan hanya menjadi petanda sesungguhnya kita hamba yg akur kepada-Nya, mengakui ketidaksempurnaan seseorang sebagai manusia dan muhasabah diri untuk menginsafi erti satu kesilapan yg disengaja mahu pun tidak disengaja. 

Maafkanlah... walau silapnya sukar diterima. Maafkanlah... walau tak mampu nak berikan peluang seterusnya. Maafkanlah... agar tiada lagi sakit hati dan dendam membara, tiada lagi rasa tidak tenang dan tidak tenteram di dalam jiwa anda, dengan kehendak-Nya jua, insyaAllah. Allah SWT Maha Pengampun. 

Hebatkah kita... Hanya seorang hamba hingga enggan memaafkan...? (",)
~Suzana Ghazali ~


ARJA LEE & AFIQ | SAMA KER???


Nie anak sedara aku, Afiq nama nyer ... Bebudak nie panggil Abe jer... Yang baju putih tu artis... Arja Lee nama nyer... Korang kenal ker?  Aku tak berapa perasan plak...  Huhuhu... Ada orang cakap muka depa berdua sama... Kengkawan tengok ler gambar depa berdua kat atas tu... Habaq mai skit tang mana yang sama? 

Segmen Sesuci Lebaran By Hani Rahman


KLIK BANNER UNTUK JOIN ...
KLIK BANNER UNTUK JOIN ...
KLIK BANNER UNTUK JOIN ...