Search This Blog

CPUV NUFFNANG #79 | RIBENA MOMENTS



Alhamdulillah ... Permulaan yang baik bagi bulan Jun 2016 ... Kisah nyer berlaku sebelum puasa lagi ... Dapat kempen yang dijalankan oleh RIBENA MOMENTS ... Bebudak memang suka air nih ... Dulu-dulu aku selalu jugak minum air ribena nih ... Sekarang dah macam-macam perisa ada ... Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh skodeng FB Ribena Malaysia


Ribena Malaysia


Antara produk terbaru Ribena ... Nampak macam sedap ... Aku tak pernah try lagi ... Rase cam nak try jer nanti ... Ehehehe ...

Kengkawan kalau ada jumpa iklan RIBENA MOMENTS menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...



Terima kasih #nuffnang  #AlwaysGood #RibenaMoments ...
Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...


FADHILAT TARAWIKH

Gambar ihsan Google
Sekarang nih semua umat Islam sedang  menjalani ibadah puasa ....  Maka hampir setiap malam semua sibuk menunaikan solat terawikh ... Umat Islam digalakkan supaya rajin menunaikan terawikh ... Maka keluar lah fadhilat tarawikh bermula dari malam pertama sampai ler malam terakhir ... Bermacam-macam hadis lah plak yang keluar .... Korang sedar tak mende tu semua palsu .... Meh baca kat bawah nie untuk tambah ilmu ...
********************
Apabila tiba bulan Ramadhan, ramai yang ghairah dalam melakukan sebarang ibadah yang menjamin habuan ukhrawi kelak. Di mana pahala yang akan digandakan, ibadah sunat dibuat akan mendapat ganjaran seperti ibadah wajib dan ibadah wajib pahalanya akan digandakan 70x ibadah fardhu. Hal ini ada dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud
Daripada Salman r.a. ia berkata: ”Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- “Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.” [Riwayat Imam Baihaqi]
 Hal ini juga menggalakkan kita semua untuk meraih, mengutip dan mencari pahala-pahala dalam bulan ramadhan ini dan melatih diri untuk membina taqwa yang mantap. Barang siapa yang mampu memanfaatkan ramadhan dengan bersungguh-sungguh, insya Allah mereka akan memperoleh taqwa yang dicari. Hal ini berlandaskan dalil firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)
Namun, dalam keghairahan kita memburu amalan-amalan yang mampu menempah tiket kita untuk ke syurga, kita alpa dan cuai dalam menyebarkan satu perkara. Iaitu menyebarkan perkara yang dusta.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali” sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan. 

Menerusi laman web JAIS

********************
Harap-harap dalam keghairahan kita semua memburu amalan-amalan yang mampu menempah tiket kita untuk ke syurga, kita tidak alpa dan cuai dengan menyebarkan perkara.-perkara yang dusta ...
Wallhua'lam ...

Sumber:  SiNi 

SALAM RAMADHAN 1437H | 2016M


Assalamualaikum semua ... 
Dikesempatan ini nak ucapkan "Selamat Berpuasa" kepada semua ...

Harap2 semoga Ramadhan kali ni akan
lebih baik dari tahun2 yang lalu ...

Insyallah kita semua
akan mula berpuasa pada 6/6/2016 (Isnin)

Yang paling penting jgn lupa niat puasa yer!!!!!







Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu siangnya engkau sibuk berzikir ... Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu ... Mendayu ... merayu ... Kepada- NYA Tuhan yang satu ...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu ... Solat yang dikerjakan ... Sungguh khusyuk lagi tawadhu' ... Tubuh dan qalbu ... Bersatu memperhamba diri ... Menghadap Rabbul Jalil .. Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu ... Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja ... Di setiap kesempatan juga masa yang terluang ... Alunan Al-Quran bakal kau dendang ... Bakal kau syairkan ...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu malammu engkau sibukkan dengan ... Bertarawih ... Berqiamullail ... Bertahajjud ... Mengadu ... Merintih ... Meminta belas kasih ...
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang ...

Mari kita meriahkan Ramadhan ... Kita buru ... Kita cari ... Suatu malam idaman ... Yang lebih baik dari seribu bulan ...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir ... Mempersiap diri ... rohani dan jasmani ... Menanti-nanti jemputan Izrail ... Di kiri dan kanan ... Lorong-lorong redha Ar-Rahman ...

Duhai Ilahi ...

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami ... Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti ... paling berseri ... Menerangi kegelapan hati kami ... Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi ... Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti ...

Namun sahabat semua ... Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui ... Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya ... Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha ... bersedia ... meminta belas-NYA ...

Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu namun tak pula aku sanggup ke  Nerakamu ... Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah  jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa ... Ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua  ibubapa kami, dosa-dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah  meninggal dunia"
Amin.....
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya ...
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN


Jom Tambah Ilmu :