Search This Blog

Pelaburan Hartanah


Sekarang nie semua orang bercerita soal hartanah dan kewangan ... Maklum ler zaman GST nih ... Zaman harga barang melambung-lambung naik nyer ...  Aku saja nak share kat semua kisah nie ... Bukan nak menunjuk ... Tapi nak share ja ... Sebab aku nak kongsi ngan kengkawan ... Tak mo ler kedekut kan ...


Di usia 40 tahun ini, dengan restu Tuhan aku telah berjaya memiliki 4 buah rumah teres setingkat ...  Bungalow ada 2 (Pahang &; Damansara) ... Walaupun simpanan pada awalnya banyak, tapi bila dah mula terjebak beli tanah ladang kelapa sawit dan getah, duit makin berkurang ... Ada jugak terlibat sikit2 beli lot kosong di Kuala Lumpur dan dikawasan-kawasan lain yang agak tinggi nilainya ... Mujurlah aku ada rakan kongsi yang sanggup memberikan sedikit dana pada aku ... Aku juga hampir2 dipenjara kerana menceroboh secara tidak sengaja atas tanah yang tidak dibenarkan ... Apabila semua pelaburan aku membawa banyak pulangan, aku hampir2 membeli dan membina hotel atas lot2 kosong yang aku beli sebelum nie ... Semua urusan dah siap ... Tinggai nak bayar ... Maka akan tersondol lah tanah-tanah tersebut ...

Tapi harapan aku musnah, bila anak saudara aku pijak papan SAIDINA aku ... Runtuh semua rumah dan hotel yang aku nak dibina ... Duit nie takyah cakaplah, habis berterabur satu rumah ... Arghhh ... Bersepah dibuatnya ... Musnah sudah impian aku selama ini ...

Sekian kisah investment saya ...
Jangan marah haaaa .... 
Tekun hampa baca kannn ...

Aku nak kongsi ngan korang ...
Aku tak nak ler terkena sensorang ...

Apa punya lawak daa ...

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK 1437H / 2016M

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1437H / 2016M


Berikut adalah pautan mengikut negeri... Sila klik pautan yang diperlukan... 















Selamat menunaikan ibadah puasa kengkawan ... Tak kira lah kat mana korang ...
Simpan link nie nanti senang nak rujuk ...



PANDUAN PUASA


Assalamualaikum kengkawan semua ... Buat ape awal-awal pagi nih ??? Tak lama lagi nak masuk Ramadhan dah ... So, kengkawan, adik-adik jom kita refresh balik ...



Apa makna puasa?

Puasa menurut pengertian bahasa bermaksud menahan dari sesuatu seperti menahan dari bercakap, makan, minum atau sebagainya ... Adapun puasa menurut pengertian Syara‟ (yakni puasa yang disuruh Allah supaya dikerjakan oleh setiap orang Islam) ialah; “Menahan diri dari makan, minum dan jimak (persetubuhan) dengan suatu niat dan ikhlas kepada Allah” ... (Tafsir Ibnu Kathir; Surah al-Baqarah, ayat 183) ... Masa berpuasa ialah dari terbit fajar Sodiq (iaitu fajar yang menandakan masuknya waktu subuh) hinggalah terbenam matahari (iaitu masuknya waktu maghrib).

Berapa jenis puasa?

Puasa melihat kepada hukumnya ada beberapa jenis;

  1. Puasa yang wajib. Ia ada beberapa jenis pula; Pertama; puasa yang diwajibkan Allah dengan ditetapkan hari-harinya iaitulah puasa Ramadhan. Kedua; puasa yang diwajibkan kerana sebab-sebab tertentu sebagai hak (kewajipan) terhadap Allah, iaitulah puasa Kaffarah yang merangkumi kaffarah sumpah, kaffarah zihar, kaffarah membunuh secara tersalah dan sebagainya. Ketiga; puasa yang diwajibkan oleh individu itu sendiri ke atas dirinya, iaitulah puasa nazar.
  2. Puasa yang disunatkan; seperti puasa isnin dan kamis, puasa tiga hari setiap bulan dan sebagainya.
  3. Puasa yang diharamkan; seperti puasa pada hari raya dan sebagainya.
  4. Puasa yang dimakruhkan; seperti puasa pada setiap hari.


Puasa di bulan Ramadhan adalah wajib dengan berdalilkan ayat al-Quran, hadis Nabi dan Ijmak ulamak ... Ia merupakan salah satu rukun Islam yang lima ... Dalil dari al-Quran ialah firman Allah;

`

“Bulan Ramadan, bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan keterangan-keterangan dari hidayah dan pembeza (antara hak dan batil). Maka sesiapa dari kamu telah menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), hendaklah ia berpuasa di bulan itu…” (al-Baqarah, ayat 185).Ungkapan Allah “…hendaklah ia berpuasa di bulan itu…” merupakan perintah dan perintah menunjukkan kepada wajib.Nabi –shallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Islam terbina di atas lima perkara;


  1. Bersaksi bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah,
  2. Mendirikan solat,
  3. Menunaikan zakat,
  4. Mengerjakan haji,
  5. Berpuasa di bulan Ramadhan”


Telah ijmak (sepakat) sekelian ulamak tanpa ada khilaf di antara mereka bahawa berpuasa pada siang hari di bulan Ramadhan adalah wajib ke atas oleh orang-orang yang mencukupi syarat-syarat wajib puasa yang akan dijelaskan nanti. (Maratib al-Ijma‟, Imam Ibnu Hazm, kitab as-Shiyam).


Apa hukum orang Islam yang meninggalkan puasa Ramadhan?

Oleh kerana puasa Ramadhan adalah wajib, maka orang Islam yang meninggalkannya dengan sengaja –tanpa sebarang keuzuran- adalah fasiq dan berdosa besar. Ia wajib mengqadhanya sebanyak hari yang ditinggalnya. Namun mengqadha sahaja tidak memadai kerana Nabi –shallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan tanpa kelonggaran (yang diberikan Allah) dan tanpa kerana sakit, puasa sepanjang masa pun tidak akan mampu menggantikan (puasa yang ditinggalkan itu) walaupun ia melakukannya” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Kerana itu, qadha itu wajib diiringi dengan taubat nasuha iaitu menghadirkan penyesalan di dalam hati kerana keterlanjuran meninggalkan kewajipan Syarak dan berazam tidak akan mengulanginya lagi buat selamanya.