Search This Blog

TAZKIRAH JUMAAT #58 | SANGKA BAIK, JAGA AIB




Perlu diinsafi bahawa membiasakan prasangka buruk itu amat besar bahayanya, sebab itulah punca yang menyebabkan seseorang itu suka meneliti dan mengamat-amati keburukan orang lain ... Padahal Rasulullah SAW telah melarangnya, sebagaimana sabdanya dalam suatu hadith :

“Janganlah kamu semua berhasad dengki, jangan pula mengamat-amati keburukan orang, juga janganlah memutuskan ikatan, bermusuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara.” 


(Riwayat Bukhari Muslim)


Jadi larangan di atas pertama kali ditekankan dalam hal tajassus iaitu meneliti keburukan dengan mendengar-dengar berita, kemudian tahassus iaitu mengamati keburukan dengan mata ...

Oleh sebab itu kita perlu menutup cacat cela orang lain atau berpura-pura tidak mengetahuinya sama sekali, sebab yang sedemikian inilah watak orang yang arif dalam agama ...

(Syeikh Muhammad Jamaludin Al-Qasimi - Mauizatul Mukminin)


*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...

Semoga bermanfaat buat kita semua ...

CPUV NUFFNANG #77 | MCDONALD'S FAMILY (ANGRY BIRDS)



Alhamdulillah ... Lewat petang semalam dapat lagi satu kempen ... Kalu nie daripada MCDONALD'S FAMILY (ANGRY BIRDS) ... Ehehehe ... Dah lama aku tak makan-makan di Mc Donald's ... Kempen nie mesti ler sempena filem Angry Bird ... Korang dah tengok ker filem nih ???

Kengkawan kalau ada jumpa iklan MCDONALD'S FAMILY (ANGRY BIRDS) menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...



Terima kasih #nuffnang #mcdonald's...
Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

WORDLESS WEDNESDAY - 114 | PUTARAN HIDUP