Search This Blog

CPUV NUFFNANG #73 | BLACKMORES CAL + D3 LAUNCH




Alhamdulillah... Ada lagi rupe nyer untuk awal bulan Mei nie... Harap-harap bertingkek-tingkek lah jugak duit nyer... 

Kengkawan kalau ada jumpa iklan BLACKMORES cam nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...


Terima kasih #nuffnang #blackmores ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ...

Berwasiat Harta




Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya. Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.
Waris telah ditetapkan dalam Islam. Suami,isteri, Ibubapa dan anak-anak yang sah (dengan syarat mereka beragama Islam) tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta simati. Cucu contohnya, tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi secara automatik dia hanya akan mewarisi harta simati dalam keadaan tertentu. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah anak angkat, anak luar nikah, ibu bapa angkat, dan lain-lain lagi.
Islam membenarkan orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga daripada hartanya kepada orang yang disayangi samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:
“Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala”




عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُنِي وَأَنَا بِمَكَّةَ وَهُوَ يَكْرَهُ أَنْ يَمُوتَ بِالْأَرْضِ الَّتِي هَاجَرَ مِنْهَا قَالَ يَرْحَمُ اللَّهُ ابْنَ عَفْرَاءَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أُوصِي بِمَالِي كُلِّهِ قَالَ لَا قُلْتُ فَالشَّطْرُ قَالَ لَا قُلْتُ الثُّلُثُ قَالَ فَالثُّلُثُ وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ إِنَّكَ أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ فِي أَيْدِيهِمْ وَإِنَّكَ مَهْمَا أَنْفَقْتَ مِنْ نَفَقَةٍ فَإِنَّهَا صَدَقَةٌ حَتَّى اللُّقْمَةُ الَّتِي تَرْفَعُهَا إِلَى فِي امْرَأَتِكَ وَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَكَ فَيَنْتَفِعَ بِكَ نَاسٌ وَيُضَرَّ بِكَ آخَرُونَ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ يَوْمَئِذٍ إِلَّا ابْنَةٌ



Dari Sa'ad bin Abi Waqosh radliallahu 'anhu berkata; Nabi SAW datang menjengukku (ketika aku sakit) ketika aku berada di Makkah". Dia tidak suka bila meninggal dunia di negeri dimana dia sudah berhijrah darinya. Baginda bersabda; "Semoga Allah merahmati Ibnu 'Afra'". Aku katakan: "Wahai Rasulullah, aku mau berwasiat untuk menyerahkan seluruh hartaku". Baginda bersabda: "Jangan". Aku katakan: "Setengah darinya" Baginda bersabda: "Jangan". Aku katakan lagi: "Sepertiga darinya". Baginda bersabda: "Ya, sepertiganya dan sepertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin lalu mengemis kepada manusia dengan menadahkan tangan mereka. Sesungguhnya apa saja yang kamu keluarkan berupa nafkah sesungguhnya itu termasuk sedekah sekalipun satu suapan yang kamu masukkan ke dalam mulut isterimu. Dan semoga Allah mengangkatmu dimana Allah memberi manfaat kepada manusia melalui dirimu atau memberikan mudarat orang-orang yang lainnya". Ketika itu dia (Sa'ad) tidak memiliki ahli waris kecuali seorang anak perempuan. (HR Bukhari No: 2537)


Pengajaran:

1. Berwasiat adalah satu daripada sunnah Rasulullah dan mengikut ijmak ulama hukumnya sunat muakad.

2. Harta yang di wasiatkan untuk pembinaan masjid, sekolah dan sebagainya merupakan satu cara agar harta yang ditinggalkan boleh menjadi penerus amal yang mendapat ganjaran pahala berterusan kepada pewasiat.

3. Wasiat yang dibenarkan, tidak boleh melebihi 1/3 daripada jumlah harta.

4. Meninggalkan ahli waris dalam keadaan berharta itu lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan akhirnya menjadi pengemis.

5. Nafkah yang dikeluarkan termasuk menyuapkan makanan merupakan salah satu daripada amal solleh.



TAZKIRAH JUMAAT #56 | BERBUAT BAIK KEPADA WANITA


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا



Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan juga kepada hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti tetangganya. Pergaulilah kaum wanita dengan baik, sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok daripada tulang rusuk adalah bahagian paling atas. Jika kamu meluruskannya dengan (memaksa), niscaya kamu akan mematahkannya, namun jika kamu membiarkannya maka ia pun akan selalu dalam keadaan bengkok. Kerana itu pergaulilah wanita dengan penuh kebijakan." (HR Bukhari No: 4787)


Pengajaran:

1.  Orang yang beriman akan sentiasa berbuat baik dengan jiran tetangga.

2.  Lelaki yang beriman sama ada sebagai bapa, suami mahupun saudara lelaki perlu sentiasa bersifat RAHMAH dengan berbuat baik kepada wanita sama ada anak perempuan, isteri mahupun adik beradik perempuan.

3.  Tanggung jawab lelaki adalah membimbing isteri ataupun anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.

4.  Lelaki perlu berbuat baik terhadap kaum wanita, tidak menzalami mereka dan memberikan hak-hak mereka.

5.  Wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki, untuk dijadikan pasangan dan pendamping yang mampu menjadikan lelaki lebih kuat dan hebat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. 

6.  Peranan wanita sebagai penyempurna rumah tangga. Perempuan yang hebat, daripadanya lahir anak-anak yang hebat.


Semoga bermanfaat buat kita semua ...