QAILULLAH ITU APA ?
Rase nyer ramai yang dah tau apa itu Qailullah ... Tapi takpe saya buat jugak entry nih untuk panduan saya ... Semoga bermanfaat buat semua ... Sebenar nyer Qailullah adalah tidur sebentar pada waktu tengah hari sebelum masuk waktu Zohor ... Qailullah merupakan sunnah Rasulullah Saw,
"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailulah."
(Riwayat al-Tabrani)
************
Kalau dah disunnahkan tu mesti ada sebab nyer kan ... Mari kita tengok rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor nih ... Syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.
Mengikut kajian ... 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam ... Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah ... Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.
Orang putih memanggil Qailulah sebagai "nap" ... Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang ... Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung ... Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga ...Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh ... Kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga ... Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu ...Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia ... Memang waktu yang sesuai sangat lah kalau kita tidur sekejap untuk menembalikan kesegaran badan ... Tapi jangan plak korang bantai tidur lama memang kena marah ler ngan Boss nanti ... Huhuhu ...
Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan mengalami pening sedikit selama 5-20 minit ... Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.
Wallahua"lam ...
Semoga bermanfaat buat kita semua ...