Search This Blog

Pisang Cheese Rainbow



Bahan-bahan:

- 1 sikat pisang
- ½ cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras 
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu kecil garam
- 1 telur
- 400ml air
- Minyak masak
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar susu pekat
- Keju parut (cheddar)
- Kelapa parut
- 6 jenis pewarna (merah jambu, jingga, kuning, hijau, biru, ungu)

Cara-cara: 

1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, telur, kunyit, garam dan air 
2. Gaul sehingga sebati
2. Pisang dipotong dua, tetapi jangan sehingga putus 
3. Celupkan pisang dalam adunan tepung 
4. Panaskan minyak dan goreng pisang 
5. Asingkan kelapa parut menjadi 6 bahagian 
6. Tambah satu pewarna untuk setiap bahagian kelapa
7. Dalam mangkuk lain, cairkan mentega dalam microwave
8. Campurkan dengan susu pekat
9. Salut pisang goreng dalam sos mentega-susu pekat
10. Tabur keju parut ke atas pisang 
11. Hias pisang dengan kelapa berwarna-warni!

Sumber :
Julie Mokhtar — 15 Mar 2016

Datuk Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia



Komposer tersohor Datuk Adnan Abu Hassan, 57 tahun, meninggal dunia pada jam 2.17 pagi, Jumaat 18 Mac 2016 di Hospital Selayang ... 


Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik ... Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman ... Semoga keluarga redha dan tabah menghadapinya ... Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham ...

TAZKIRAH JUMAAT #52 | QAILULLAH


QAILULLAH ITU APA ?

Rase nyer ramai yang dah tau apa itu Qailullah ... Tapi takpe saya buat jugak entry nih untuk panduan saya ... Semoga bermanfaat buat semua ... Sebenar nyer Qailullah adalah tidur sebentar pada waktu tengah hari sebelum masuk waktu Zohor ... Qailullah merupakan sunnah Rasulullah Saw, 



"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailulah."

(Riwayat al-Tabrani)

************

Kalau dah disunnahkan tu mesti ada sebab nyer kan ... Mari kita tengok rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor nih ... Syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.


Mengikut kajian ... 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam ... Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah ... Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang putih memanggil Qailulah sebagai "nap" ... Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang ... Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung ... Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga ...Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh ... Kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga ... Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu ...Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia ... Memang waktu yang sesuai sangat lah kalau kita tidur sekejap untuk menembalikan kesegaran badan ... Tapi jangan plak korang bantai tidur lama memang kena marah ler ngan Boss nanti ... Huhuhu ...

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan mengalami  pening sedikit selama 5-20 minit ... Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.


Wallahua"lam ...
Semoga bermanfaat buat kita semua ...