Search This Blog

SELAMAT HARI LAHIR PRINCESS IBU

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-7 DIUCAPKAN KEPADA PUTERI KAMI
NUR FATIHA NADHIRAH BT. SHAHDAN


Selamat Hari Lahir Kakak ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Kakak dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ... Semoga menjadi muslimah sejati bila dah besar nanti ....

Nie masa memula masuk darjah satu ... OK jer ... Nak masuk darjah dua dah baru nak masuk tujuh tahun ... Huhuhu ...

Sayang princess IBU nie ... Dah pandai nak melawa ... Dah pandai nak bergaya ... Sangat rajin tolong ibu kemas rumah ... Sangat rajin tolong ibu jaga Adik ... 

Tengah-tengah update entry nie, terasa sebak plak ... Meleleh dah nie ... Ntah lah aku pun tak tahu kenapa ... Kakak agak rapat ngan aku, maklum ler breastfeed agak lama jugak ... Hampir 4 tahun, huhhhh ... Tiba-tiba aku takut anugerah2 nie kena tarik balik ... Oh Tidak!! Maklum lah mereka nie pinjaman jer ... Ya Allah berikanlah aku kesempatan untuk lihat mereka membesar ... Sehingga mereka boleh berdikari sendiri ...

Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya ... Yang menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Yang menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ...  Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Amin ... 

WORDLESS WEDNESDAY - 90 | KARMA

Ulat Di Dedaun Hijau



Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga dimana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya. Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang.

"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.


"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.

"Tentu..tentu..dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."

"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau. Setelah makan dengan kenyang ulat berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama?

Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.

Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Allah akan tetap memberkati dan memelihara kita.

Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan - perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.


Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara. Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka, memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.

Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi.