Search This Blog

TAZKIRAH JUMAAT #36 | JANGAN ADA BENCI



Kisah yang saya dapat dari group wasap ... Semoga menjadi panduan kepada kita semua ... Kita nie kalau dah benci @ tak suka orang susah kan ... Ape orang selalu cakap tu memaafkan mudah ... Tapi nak melupakan tu payah jugak kan ... Hmmm ... Susah jugak nak didik hati nih ...

**********

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.


Sumber

Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

”Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

”Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.


Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci ... !!

Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah!

**********

Sebagai renungan bersama ...
Salam Jumaat dan semoga ceria sentiasa ... 

Di Ambang Peperiksaan 2015


Apa Tindakan Mak-Ayah ?

Hari ini 18 Ogos 2015

Bermulanya:
UPSR : 8 Sep ---- lagi 22 Hari
PT3 : 12 Okt ---- lagi 56 Hari
SPM : 2 Nov ---- lagi 77 Hari

Nak anak berjaya biasa-biasa
Atau tak kisah anak berjaya atau tidak
Maka ... stop baca tulisan ini dan biarkan anak dengan cara dia.

Mahu anak cemerlang, ibubapa kena
TEGAS, BERANI, BERHIKMAH

Sama ada anak anda Tahun 6, Tingkatan 3 atau Tingkatan 5 lakukan tindakan berikut:

1. NO MORE TV .... hingga tamat exam. Usah risau, anak tak akan mati.

2. NO MORE GAME KOMPUTER ... hingga tamat exam. Usah takut anak tak akan jadi bodoh.

3. NO MORE LEPAK², JALAN² ... hingga tamat exam. Usah bimbang anak tak akan jadi biol...

4. NO MORE TIDUR, TIDUR, TIDUR ... hingga tamat exam. Usah kesian anak dah cukup rehat selama ini ...

5. NO MORE CINTA² ...
PACARAN .... hingga tamat SEKOLAH !!
Usah sedih anak anda (terutama anak dara) tak akan jadi apa² ... ada jodoh nanti, adalah orangnya. Doa banyak².

Dan tren ten ten ... jeng jeng jeng :

6. NO MORE HP : FB, WeChat, WApps, Instagram dsb, selfie².

Ya NO MORE memang NO MORE ... Usah risau, usah takut, usah bimbang, usah kesian ... Tak akan jadi apa-apa pada anak kesayangan intan payung anda tu !!

Mana lebih penting ... Pelaburan untuk masa depan anak yang terbilang ... Memastikan anak berjaya ke sekolah / kolej-univ terbaik ...

Atau ... 
Kesian biar anak buang masa ... 
Kesian anak tak dapat HP...
Kesian anak tak boleh berFB ...
Kesian anak tak boleh enjoy di alam maya ...
Kesian anak ditarik balik keseronokan ...

Kesian kena bertempat ...
Berani bertindak tegas tetapi berhikmah ...

Guna masa YANG BANYAK
Buat LATIHAN / LATIHTUBI
Buat ULANGKAJI
Buat HAFALAN
Buat SOALAN PEPERIKSAAN

Dimantapkan dengan
IBADAH, DOA dan RESTU MAK-AYAH

Sila Share untuk sebarkan ke sebanyak mungkin Mak-Ayah lain.
Agar sebanyak mungkin anak-anak dibantu.

**********
Tips nie saya dapat daripada group wasap saya ... Saya buatkan entry di sini supaya tak hilang ... Mudah untuk saya buat rujukan ... Semoga bermanfaat buat semua ...