Search This Blog

Aidilfitri Yang Suram ...

Punyer lah malas nak update blog ... Entry raya pun tak update lagi ... Emosi kurang stabil buat masa nie ... Tu yang jadi chenggini ...

Aidilfitri 2015 yang agak suram ... Abang Ngah tak sihat ... Dia demam and ada mengadu pening ... 4 Hari terakhir tu memang kita orang tak bagi dia pose ... Kita orang nie agak fobia kalau Danial tak sihat ...

Sayang princess IBU nice ...

Moga kekal sampai bila2 ...

Subhanallah ...

Princess Fatiha + Abah

Semakin berhubung sel2 otak nyer ...

Sibuk kira hasil ...

Tengok tu gambar raya pun tak banyak ... Abang Long & Abang Ngah tidak memberikan kerjasama ... 

Dekat seminggu jugak Abang Ngah tak sihat ... Kat Jengka pun melepek jer ... So, kita orang pun kurang berziarah raya ... Raya ketiga tu nampak macam agak sihat skit ... Kami pun bawak pie waterpark ... Bukan main suka bebudak ... Mini waterpark jer, kecik jer, tapi boleh lah gembira kan bebudak ...

Kubang Gajah Watetpark

Putra naik kapal ...

Tengok tu bukan main gembira lagi ...

Nie skill ape plak nie ?? He he he ...

Tu jer citer Aidilfitri kami ...
Alhamdulillah ...


Nombor Kecemasan

Sempena cuti hari raya tak lama lagi ramai yang bercuti dan balik kampung ... Korang kena rancang perjalanan dengan baik ... Jika berlaku kecemasan nombor-nombor berikut boleh dihubungi ...


Nombor-nombor Kecemasan pengendali lebuhraya utama sekiranya berlaku kecemasan

Lebuhraya utara selatan
(PLUS) 1800-88-0000

Jambatan pulau pinang
(PPSB) 1-300-1-300-03

Lebuhraya selatan hubungan tengah (ELITE) 04-5031 1153

Laluan kedua malaysia-singapura
(LINK) 07-2788000

Lebuhraya kuala lumpur-karak
(MTD) 03-6195 1111

Lebuhraya kulim-butterworth
(KLBK) 04-396 6969

Lebuhraya seremban-port dickson
(SPDH) 06-632 3060

Lebuhraya shah alam
(KESAS) 03-5633 7188

Lebuhraya cheras-kajang
(GRAND SAGA)
03-9075 0505

Lebuhraya damansara-puchong
(LITRAK) 03-5632 9222

Lebuhraya sungai besi
(BESRAYA) 1800-880-999

Lebuhraya bertingkat ampang
(PROLINTAS) 03-4252 3122

Lebuhraya SPRINT
03-7960 2000

Lebuhraya hubungan timur barat
(METRAMAC) 03-9173 2020

Lebuhraya shahpadu
03-3342 0564
Lebuhraya pantai timur
(NPE) 1300-88-1010

Lebuhraya sistem lingkaran kajang
(SILK) 1800-88-1977

Lebuhraya Pantai Timur-Fasa 1
09-547 9111

Lebuhraya koridor guthrie
(GCE) 03-6038 5052

Lembaga lebuhraya malaysia
03-8738 3000

1MOCC
03-8000 8000

Harap-harap maklumat ini bermanfaat untuk semua ... Untuk simpanan saya juga ...

#SelamatHariRaya

CEGAH JENAYAH

Assalamualaikum dan selamat pagi kengkawan ... Cewahhhh, awal saya bersiaran hari nie ... 



Insyaallah, Jumaat nie seluruh umat Islam di negara ini akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Saya percaya di dalam negara Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, semua kaum akan turut sama meraikannya serta mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga.

Didalam kemeriahan kita bercuti dan menyambut perayaan ini, saya memohon agar faktor keselamatan diri dan harta turut dititik beratkan. Berikut adalah beberapa langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil di dalam usaha untuk mencegah daripada berlakunya kegiatan jenayah.

Info nie saya dapat dari group wasap ... Rase nyer elok saya kongsi kan di sini ... Semoga bermanfaat untuk kita semua ...

▶️ JENAYAH PECAH RUMAH

1) Maklumkan kepada pihak polis sekiranya ingin meninggalkan rumah dalam tempoh jangka masa yang lama.

2) Pasang lampu luar rumah (adalah lebih baik sekiranya lampu tersebut mempunyai alat pengesan cahaya/pergerakan)

3) Potong ranting-ranting pokok dan semak samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri dihalaman rumah.

4) Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda dirumah.

5) Gantikan semua kunci sekiranya kunci rumah anda hilang atau dicuri.

6) Hentikan hantaran seperti surat khabar apabila anda tiada dirumah untuk beberapa hari.

7) Simpan wang tunai di bank dan barang kemas di dalam peti simpanan keselamatan.

8) Minta tolong jiran sebelah rumah untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda dirumah.

JENAYAH ️ROMPAK/SAMUN

1) Berwaspada apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda.

2) Apabila ingin memasukkan/mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak, aturkan seseorang untuk menemani anda.

3) Sebaiknya elakkan daripada memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak.

4) Elakkan melalui tempat yang gelap dan sunyi.

5) Berhati-hati dengan orang yang selalu berpeleseran di kaki lima, tangga dan dikawasan awam.

JENAYAH ️RAGUT

1) Jangan mendedahkan barang kemas yang dipakai.

2) Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.

3) Elakkan dari meletak beg tangan ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain. 

▶️JENAYAH SELUK SAKU

Merupakan jenayah yang sering berlaku di pasar hari/pasar malam

1) Elakkan daripada membawa wang tunai yang banyak

2) Silangkan beg anda dihadapan supaya anda mudah untuk memerhatikannya. Pastikan sentiasa tertutup dan berzip.

3) Jangan tinggalkan beg diatas bakul atau troli.

4) Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.

5) Jangan tertipu dengan orang yang tidak dilenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.

▶️JENAYAH KECURIAN KENDERAAN

1) Pasangkan kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan klac.

2) Sentiasa letak kenderaan ditempat yang terang/berlampu serta mudah dilihat.

3) Mengukir nombor kenderaan dicermin kereta (sand blasting)

▶️JENAYAH PECAH CERMIN KENDERAAN

1) Jangan meninggalkan sebarang dokumen atau peralatan berharga di dalam kenderaan

Peningkatan tugas kehadiran polis seperti bit, patrol dan sistem sektor tidak sama sekali dapat mencegah 100% perlakuan jenayah tanpa penglibatan dan tindakan daripada masyarakat. Justeru kerjasama dan hubungan yang baik diantara masyarakat dan polis amat diperlukan dimana ia merupakan aset terpenting di dalam usaha untuk pembanterasan dan pencegahan jenayah. Kegiatan jenayah ini perlu ditangani dengan kerjasama rapat dan kefahaman diantara polis dan masyarakat.

Bersama-samalah kita bersatu di dalam usaha mengekang kejadian jenayah di dalam masyarakat kita. Semoga lebaran pada kali ini dan seterusnya membawa ketenangan dann kebahagian kepada kita semua. Terima kasih.