Search This Blog

LAUNGAN RINTIHAN SUARA RAKYAT !!!!

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri duduk rumah bil elektrik,
bil berjuta-juta dapat free,
biar kami merasa tarif elektrik yang semakin tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri pakai kereta perdana versi baru,
biar kami hutang kereta sampai mati..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri makan & minum mewah-mewah,
biar kami minum air tanpa gula..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri boleh pakai driver,
biar kami naik LRT harga tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri naik kapal terbang free,
biar kami masuk highway harga tol yang tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
kami semua berkorban untuk dato' seri
sebab kami yakin kalau tiada parti dato' seri
semua bangsa akan MATI!!!

Terima Kasih dato' seri..

Tak apa lah dato seri....
PRU Kang pakoh BN jugok.
Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka, Dilanggar kami cedera..
Tapi itulah nasib kami yang hina.

Tanpa elaun seperti menteri..
Makan bayar sendiri, Kereta pandu sendiri, Minyak isi sendiri, Jalan sesak kami hadap setiap hari..

Mudah pula tuan berkata,
"Jangan makan bila ayam naik harga,
Jangan minum manis bila naik harga gula,
Jangan guna jalan jika tol naik berganda,
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia."

Kami umpama kain basahan Tuan perah habis-habisan,
Akhirnya kami kekeringan, Merana kami tuan kesenangan,
Duit sejemput kami diperas hingga rabak,
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak,
Diusul kami tuan amuk sampai koyak,
Kami senyum lihat tuan makin menggalak..

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan, Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan..

Tuan jangan lupa, Kami manusia biasa,
Sabar kami ada tahapnya,
Luka kecil boleh menjadi nanah juga..
Jangan sampai menjadi barah pula

Cukuplah tuan menyeksa,
Cukuplah tuan buat kami merana,
Kuasa tuan dari kami,
Naiknya tuan dari kami,
Jatuhnya tuan juga dari kami..

**Tolong Sebarkan, tanda protes KAMI**satukanlah hati..

Check Your Eyes



Check your eyes. 
Press/touch the different color


31 pilot level 
21-30 normal 
15-20 weak eyes
11-15 may God help you 

Very interesting test

He he he ... Jom try test ... Kengkawan dapat berapa ? Tak tau lah betul ker tak tu ... Saje seronok-seronok jer ...

CPUV Nuffnang #41 | Umobile Banner Ads, CPUV Nuffnang #42 | IKEA Bed & Bath (March)

Alhamdulillah ...
Dapat hadiah dua ketul dari #nuffnang ...

CPUV Nuffnang #41 | Umobile Banner Ads

Sila lawati website Umobile untuk promosi-promosi yang macam-macam ... Boleh dapatkan iPhone 6 dengan harga RM 98 ... Boleh jugak bertukar ke Umobile tetapi masih mengekalkan nombor yang sedia ada ... Dengan pertukaran tersebut boleh dapat 1 tahun internet percuma ... Menarik kan ...


CPUV Nuffnang #42 | IKEA Bed & Bath (March)

Sape yang tak tau IKEA kan ... Budak-budak muda suke ler shopping sini ... Banyak design-design baru dan moden ...

Mungkin ada promosi untuk bahagian "Bed & Bath" ... Yang berminat sila lah terjah website IKEA ...

Kengkawan kalau ada jumpa iklan cam nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... 
Sob ... Sob ... Sob ... 



Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ...