Search This Blog

TAZKIRAH JUMAAT #23 : RENUNGAN MASA TUA

"RENUNGAN MASA TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.
Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan risau dengan ahli waris, Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha. Nikmatilah hίdυρ ini dengan pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah; selalu mengucap syukur, kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI ! 

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia. 
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya. 

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan - semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman. 
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri. 
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada ... dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin. Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya. 
Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris; 
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar ...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!! 
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas ...  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA


Aku berdoa.....  
 Muliakanlah yang membaca pesan ini
 Lapangkanlah hatinya
 Bahagiakanlah keluarganya, dan 
 Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan
 Mudahkan segala urusannya 
 Kabulkan cita-citanya 
 Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka 
    Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar 
 Jauhkan dari segala Musibah 
 Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan 
 Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-MU.
  

CABARAN NOVEMBER #1 - ARTIS YANG DIMINATI



Menyahut cabaran yang ke-5 iaitu Artis Yang Diminati ... Sebenar nyer aku nie takde artis yang aku suka ... Aku nie takde lah fanatik sangat cam sesetengah orang tu sampai tampal poster dalam bilik ... Jom tengok artis yang aku suka ... Hahaha, aku main letak jer nih ... Tak tau nak letak ape, 5 lelaki 5 perempuan ... Nak letak ape nie eak .... Hmmm ...

11 - Fahrain Ahmad
10 - Beto Khushairy

9 - Iszue Islam

8 - Mawi

7 - Maher Zain

6 - Zul Ariffin

5 - Julia Roberts

4 - Umie Aida

3 - Tizz Zaqyah

2 - Wardina Safiyyah

1 - Dato' Siti Nurhaliza

Haaaa, kan aku dah kata ... Aku tak tau nak letak ape ... Main taram jer ... Lulus tak nie @Kathy R'bain ??

Cabaran sebelum ini :-

CABARAN NOVEMBER #1 - TEMPAT YANG INGIN DILAWATI DI MALAYSIA

CABARAN NOVEMBER #1 - TEMPAT YANG INGIN DILAWATI DI DUNIA

CABARAN NOVEMBER #1 - NAMA YANG DISUKAI


CABARAN NOVEMBER #1 - FILEM YANG DIGEMARI