Search This Blog

Saya Bukan Robot


Entry sentap lewat petang nie ... Untuk pengetahuan korang aku ada satu lagi blog ... Jom Bercontest ... Kat situ lah aku buh segala entry untuk aku join contest, giveaway & segmen yang dianjurkan oleh blogger-blogger yang bermurah hati nie ... He he he ...

Biasa nyer aku akan berjalan-jalan kat blog peserta, saje-saje jer ... Sambil menambah pengetahuan dan kenalan ... Yang jadi sentap nyer kan ... Korang tengok ler kat bawah tu ... Haru-haru, dah ler aku nie blogwalking guna phone jer ... Tak ker susah tu ...


Kalau kena yang nombor nie ok lagi ...


Kalau kena yang nie ... Hmmm ...

He he he ... Mengada-ngada kan ... Yang aku geram nyer ada tu masuk segmen blogwalking lah, segmen tambah follower lah ... Ape ker mende nyer mintak word verification plak ...

Sekian, wassalam ...

CPUV Nuffnang #4 | Transitions Optical



Alhamdulillah ada masuk lagi hari nie ... Harap2 tak ler mandul ... Huhuhu ...

Kengkawan kalau terjumpa iklan nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest jangan lupa klik-klik tau ...

Terima kasih #nuffnang ... Alhamdulillah ...

Salam Maal Hijrah 1436 H



Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1436 H kepada seluruh umat Islam.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah. Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.

Di kesempatan ini juga, saya menyusun jari sepuluh andaikata saya ada terkata secara sengaja ataupun tidak. Malahan saya ingin memohon maaf andaikata gurau senda & kata2 saya selama ini mengguris hati & perasaan anda semua. saya berharap anda semua dapat memaafkan saya dengan setulus hati dgn penuh ikhlas.

Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri. Dan halalkan makan minum saya.

Selamat menyambut tahun baru maal hijrah.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati & diredhai Allah SWT.