Search This Blog

Doa Untuk Gaza ...


Aman Palestin
Kenyataan Media
Tabung Kecemasan Gaza 2014

Aman Palestin BerhadPendahuluanFirman Allah swt di dalam Al-Quran:“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).” (Surah Al-Hajj: ayat 39)Sabda Nabi Muhammad saw, “Barangsiapa yang tidak ambil berat dengan urusan muslimin, maka dia bukanlah tergolong di kalangan mereka.” (Hadith Riwayat Al-Hakim)KronologiDr Mousa Abu Marzook, Timbalan Ketua Biro Politik Gerakan Perlawanan Islam (Hamas) mendedahkan Israel mula terancam dengan persefahaman dan pembentukan kerajaan perpaduan Palestin yang menyatukan Hamas dan Fatah yang merupakan sekutu lama Israel. Ini bermakna Israel hilang ‘teman rapat’ yang selama ini melaksanakan perancangan Israel dalam menghalang kebangkitan rakyat Palestin. Kini, Fatah berdiri bersama kebangkitan rakyat Palestin.Kemudian, kita dikejutkan dengan kes kehilangan dan penculikan tiga orang askar muda Israel. Pihak Palestin menafikan sebagai pihak yang bertanggungjawab di sebalik penculikan tersebut. Di sepanjang operasi mencari tentera-tentera yang hilang tersebut, ramai rakyat Palestin menjadi mangsa kekejaman Israel termasuk ditangkap, dibelasah dan dibunuh tanpa sebarang sebab yang jelas.
Seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed Abukhdeir diculik dan dibunuh oleh seorang rabbi Yahudi bersama beberapa orang pelampau lain. Mohammed telah dibakar sehingga mati. Pembunuhan ini telah membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Palestin.Rentetan peristiwa-peristiwa ini, Zionis Israel mengisytiharkan tindakan ketenteraan baru ke atas gerakan rakyat Palestin terutamanya di Tebing Barat. Di dalam tekanan-tekanan politik tidak berperikemanusiaan ini, penentangan rakyat Palestin telah mengejutkan semua pihak dengan memulakan serangan roket ke arah Israel sebelum mereka sempat mengambil langkah awal memulakan serangan ke atas penentangan rakyat Palestin. Di peringkat awal serangan, sejumlah 150 roket telah dilepaskan ke arah Israel dalam tempoh 24 jam sahaja. Serangan-serangan telah disasarkan ke Eshkalon, Rahat, Be’er Sheba, Sheifot dan Natifot. Bahkan kali ini, banyak roket-roket dari Gaza dilaporkan mencapai ke Kota Al-Quds. Dilaporkan sistem pertahanan anti-roket milik Israel yang dikenali sebagai Iron Dome hanya dapat menangkis kira-kira 25% sahaja daripada jumlah roket yang dilepaskan. Rentetan serangan ini, berpuluh-puluh ribu rakyat Israel terpaksa lari meninggalkan penempatan mereka di bahagian selatan menuju ke bahagian utara Israel.Dalam masa yang sama, kebangkitan rakyat Palestin berlaku di seluruh tempat lain termasuk Tebing Barat, kota Al-Quds, kawasan Palestin 1948 dan kem-kem pelarian Palestin di Lubnan. Pertempuran di antara pemuda-pemuda Palestin bersenjatakan batu-batu, mercun dan Molotov cocktail telah merumitkan pertahanan Israel.Di antara usaha Israel untuk mengekang kebangkitan rakyat Palestin atau dikenali sebagai Intifadhah Ketiga ini adalah dengan menangkap dan menembak pemuda-pemuda Palestin yang turun ke jalanan menggunakan peluru-peluru getah dan bom pemedih mata.Dilaporkan serangan udara rejim Zionis ke atas Gaza telah mengakibatkan 11 orang terkorban termasuk lelaki, wanita, golongan tua dan kanak-kanak. Manakala 6 lagi mengalami kecederaan.Sekali lagi, Israel telah menunjukkan wajahnya yang sebenar dengan membunuh orang awam, mengembom rumah-rumah kediaman dan ladang pertanian rakyat Gaza yang tidak langsung mempunyai sebarang kaitan dengan apa-apa aktiviti ketenteraan. Beberapa buah rumah dilaporkan hancur dibom termasuk di Rafah di selatan Gaza, Khanyounis dan bandar Gaza di bahagian tengah Gaza, Bait Hanoun dan Hayy Zaytoun di bahagian utara Gaza.Tindakan PraktikalDi antara langkah praktikal untuk menghadapi isu ini, Aman Palestin mencadangkan agar suatu tekanan politik melalui kerajaan Malaysia ke atas Kedutaan Amerika Syarikat agar Israel menghentikan serangan ke atas Gaza. Tekanan politik juga harus dikenakan ke atas kerajaan Mesir melalui kedutaan besarnya agar segera membuka pintu Sempadan Rafah dan memberikan laluan untuk bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza.Kami mengajak rakan-rakan media untuk memainkan peranannya sebaik mungkin dalam menyampaikan maklumat berkenaan apa yang berlaku seterusnya mendidik masyarakat memahami konflik ini dengan jelas.Di kesempatan ini juga, saya ingin mengumumkan pelancaran Tabung Kecemasan Gaza 2014 Aman Palestin, tabung khas untuk mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada mangsa perang di Palestin dalam bentuk bantuan kemanusiaan merangkumi bekalan makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. Aman Palestin mensasarkan kutipan berjumlah RM 5 juta untuk tujuan tersebut.Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan masing-masing melalui mana-mana akaun Aman Palestin yang boleh didapati di laman web www.amanpalestin.net atau di laman Facebook rasmi (www.facebook.com/AmanPalestinOfficial). Sumbangan yang disalurkan melalui Aman Palestin layak menerima cukai pendapatan. Sumbangan terkumpul ini akan disalurkan secara terus ke Pejabat Aman Palestin di Gaza. Pegawai-pegawai Aman Palestin di Gaza akan melaksanakan tanggungjawab mengagihkan sumbangan tersebut kepada pihak-pihak yang memerlukan.
Aman Palestin menyeru umat Islam untuk turut mengejar peluang menggandakan pahala amalan di bulan Ramadhan dengan menginfakkan harta yang dimiliki dalam usaha membebaskan Masjid Al-Aqsa dan seluruh bumi Palestin.Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
Awang Suffian Awang Piut
Ketua Pegawai Eksekutif,
Aman Palestin Bhd.
Tarikh: 8 Julai 2014, bersamaan 10 Ramadhan 1435H



Final World Cup 2014


Final World Cup 2014 

Germany vs Argentina
14 Julai 2014
 0


Tempat Ketiga

Brazil vs Netherlands
13 Julai 2014
0 – 3



Kepada peminat-peminat bola ... Korang-korang sokong mana ? Korang rase sape menang tahun nie ??? Berdebar-debar tak korang ??? Bola, bola juge jangan tak sahur udah ler ...

Jadual Perlawanan & Keputusan Peringkat Suku Akhir / Quarterfinals Piala Dunia FIFA 2014


Jadual Perlawanan & Keputusan Peringkat Separuh Akhir / Semifinals Piala Dunia FIFA 2014

#‎PrayForGaza‬
‪#‎GazaUnderAttack
‪#‎SaveGaza‬

Selamat Hari Lahir Eryna Zulaikha ...


Hehehe ... Nie anak sedara aku ... Umur die genap empat tahun ari nih ... Duduk jauh nun di Penang ....

Mak Ngah nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat Eryna ... Semoga sentiasa sihat n ceria ... Semoga menjadi anak yang solehah bila besar nanti ... Jangan nakal2 ... Dengar cakap mommy n papa ... 

Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia dan akhirat ... Kau jadikanlah dia anak yang solehah, yang menjaga solat dan agamanya ... Yang menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Yang menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...