Search This Blog

Kes Tembak Semakin Menjadi-jadi ...

"Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini."

Ngeri, takut, pelik n macam-macam persoalan timbul bila baca petikan ayat kat atas tu. Kes tembak makin menjadi-jadi ... Hampir setiap hari ada kes ... Pistol tu macam senang sangat nak dapat ... Macam boleh dapat kat pasar malam jer ... Cam ner leh jadi cam ni eak ? Dah rase tak selamat dah ...

Kes terbaru semalam, seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah.

Isnin lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75,  maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.

Pada 29 Julai juga seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini.

Rabu lepas pula, pemandu van kilang N. Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak.

Tu baru carta minggu nih, belom tengok carta yang lepas-lepas ... Giler ah ... Ape punca nya eak ? Adakah duit punca segala-gala nya ? Hingga nyawa sanggup dipertaruhkan ? Apakah dendam, dengki, tak amanah yang memain peranan ?

Haisshh ... Takutlah pulak ... Diharap pihak2 yang berkenaan dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan tanpa mengira darjat, kaum, bangsa, agama n politik ...

Sumber : Bernama. 

Abah Tak Larat ...

Ramadhan kali nie Abah x berapa sihat ...
Ramadhan kali nie Abah x gie Terawikh kat surau ...
Ramadhan kali nie Abah x ronda-ronda pasar Ramadhan ...
Ramadhan kali nie Abah x beli baju raya pon ...
Ramadhan kali nie Abah x larat ...

Ya Allah! Jika ada di kalangan kami org yg sedang sakit, berikanlah kesembuhan kpd mereka, Jika ada di kalangan kami org yg susah, bantukanlah segala urusan mereka, Jika ada di kalangan kami org yg bersedih hati, maka berikanlah ketenangan & jln keluar bg permasalahan mereka, Jika ada di kalangan kami org yg sgt berhajat dgn keperluannya, sampaikanlah hajat & cukupkanlah keperluannya. AMEENNN ...

Projek Menarah @ Menggondol ...

Sumber : Pak Google

Cerita dah basi ... Sempena cuti Nuzul Qur'an yang lepas, dek kerana tak tau nak wat per, BigBoss telah menjalankan Projek Menarah @ Menggondol ... Setelah bersusah payah ke atas kepala sendiri, kepala Putra Al-Amin plak menjadi mangsa, kompem lagi susah ... Setelah berusaha segigih mungkin, ini lah hasil nyer ... Tadaaa ...

Hensem tak saya ???