Cerita dah basi ... Sempena cuti Nuzul Qur'an yang lepas, dek kerana tak tau nak wat per, BigBoss telah menjalankan Projek Menarah @ Menggondol ... Setelah bersusah payah ke atas kepala sendiri, kepala Putra Al-Amin plak menjadi mangsa, kompem lagi susah ... Setelah berusaha segigih mungkin, ini lah hasil nyer ... Tadaaa ...
Hensem tak saya ???Search This Blog
Selesai sudah ...
Alhamdulillah, BigBoss dah menunaikan zakat tadi ...
Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya.
Kadar Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Negeri 2013.
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Pada prinsipnya seperti definisi di atas, setiap muslim diwajibkan untuk mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya , keluarganya dan orang lain yang menjadi tanggungannya baik orang dewasa, anak kecil, laki-laki maupun wanita. Berikut adalah syarat yang menyebabkan individu wajib membayar zakat fitrah:
## Individu yang mempunyai kelebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
## Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
## Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan tetap dalam Islamnya.
## Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.
Berikut adalah kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah. Untuk tahun ini setiap negeri masih mengekalkan kadar seperti tahun sebelumnya.
Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya.