Ini
adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati
anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada
kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama
cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun
awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin
menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca
oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya,
‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham
pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya
menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang
tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan
perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang
batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’
Budak lelaki itu buat seperti apa yang
disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke
rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan
lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai
bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak
lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia
tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana
mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil
baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu
seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke
pintu melihat cucunya mencuba lagi.
Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah
tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke
rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya
dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih
membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali
lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air,
tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi
kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda
fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’
Budak lelaki itu melihat akan guni
tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah
berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang
batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika
anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat
kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan
sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam
kehidupan kita.’
Selamat Beramal. "Anda buat, anda dapat"