Search This Blog

Legasi Pejuang

http://www.alaf21.com.my/sinopsis/images/buku/legasi-pejuang.gif 
Ari tu aku ade cite pasal aku beli novel nih ... Popular Wangsa Walk ...  
Novel kat atas nih plak BIG BOSS aku yang rembat ...
Aku pun layan jelah selagi ada bahan bacaan ...
___________________________________

Sinopsis
MUAZ bekerja sambilan sebagai despatch di Kuala Lumpur. Hari itu, dia menghantar bungkusan ke sebuah bank. Malangnya, sebaik sahaja dia tiba di bank, sekumpulan perompak meluru masuk.

Kesemua perompak mati ditembak polis kecuali ketua mereka. Muaz dijadikan tebusan. Dia dibawa ke sebuah tempat di Timur Tengah sebagai jaminan keselamatan.

Tiga tahun kemudian… Dari perang saudara di Somalia, konflik di Bosnia-Herzegovina hinggalah kepada peristiwa kebangkitan rakyat Palestin menentang kezaliman rejim Zionis, dia ada di situ membela mereka yang lemah. Bermulalah riwayat hidupnya yang baru.

Dia menjadi pejuang anti-Zionis selepas jatuh cinta dengan gerakan itu. Kerana kehebatannya menjadi mastermind pelan serangan, dia menjadi individu paling dikehendaki oleh agensi perisikan Israel, Mossad dan Amerika Syarikat, CIA. Mengapa dia sanggup menggadaikan nyawa? Mampukah dia bertahan...
 
Mari ler membaca ...
 
Sumber : Alaf21
 p/s :- Isshhh ... Banyak plak novel yang masuk list HARUS dibeli ...

Majlis Pertunangan Najwa & Luqman ...

Ahad lepas telah berlansung majlis pertunangan anak sedara aku belah BIG BOSS aku ler ...
Antara Luqman & Najwa ...
Alhamdulillah selesai semua nyer ...
 






Jemput makan ...

Semoga semua nyer selamat ...
Semoga dipermudahkan segala urusan ...

Inilah Hari Nyer ...

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.
Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.
Aku wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Amin...
____________________________________
Inilah hari nyer ...
Alhamdulillah ... Genap 10 tahun ...
Syukur tak terhingga ... Mudah-mudahan Allah panjangkan usia perhubungan ini  dengan iman dan ehsan... Sangat bersyukur pada Allah atas segala apa yang dialami. Dan sentiasa hargai peluang hidup dan masa yang Allah kurniakan dalam dunia yang sementara ini.

Published with Blogger-droid v2.0.9