Search This Blog

Kenduri Kulit Lembu


Ahad lepas, 7/10 Kami sekeluarga balik ke Jengka17, sambil melawat Mak Mertua, kebetulan ada jemputan kenduri kahwin di Jengka15, adik kepada wife adik ipar aku ...
Sambil lepak2 menunggu waktu kenduri, berborak ler Kami semua ... "Kak Teh, pernah makan lauk kulit lembu ?" tanya adik ipar aku ... Aku dengan selamba jawab "Mana ada orang makan kulit lembu, orang buat kompang jer ..." sambil gelak2 ... "Try ah nanti, sedap ..." Aku pun agak teruja nak ker kenduri tu, nak jugak tengok n rasa cam ner ... Dia orang buat masak lemak putih cili api ... Bagi aku sedap jugak lah ... Lebih kurang cam perut tu ... kenyal2 gitu ...
Dengar2 cite, susah jugak nak buat masak lemak kulit lembu nih ... Kulit lembu tu perlu dibakar dan direndam semalaman bagi memudahkan proses membuang@mengikis bulu2 lembu tu ... Kalau nak terus masak leh ler gunting kecik2 sebelum direbus sampai empuk supaya lembut sebelum dimasak ... Kalau nak masak lain kali, kulit lembu tu kena lah jemur sampai kering lepas dah kikis bulu2 tu, tak perlu rebus ... Emmm, susah jugak ...
Hahaha, nie ler first time aku makan lauk kulit lembu ... Rase nyer ok, sedap, boleh diterima oleh tekak aku ...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sirrun


Aku tengah layannzzz cerita nih ... Cerita nie berjaya membuatkan aku benci dengan "Beto" ... Eee, geram sangat ... Berlagak macam baik sangat ... Hipokrit ... Penipu ...
_______________________________
Kisah Sirrun bermula dengan persahabatan dua insan iaitu Laila (Zarina) dan Surina (Anzalna) sejak umur mereka 5 tahun lagi. Mereka berkawan baik walaupun mempunyai perwatakan yang amat berbeza. Surina seorang yang sungguh cantik dan lemah-lembut. Ketika dia kecil, ibu bapanya tidak membenarkan dia bermain di luar kerana sakit asmanya yang teruk. Kawannya ketika itu hanyalah Laila seorang sahaja.
Masa telah berlalu dan Surina kini seorang peguam Syariah berjaya dan isteri kepada seorang jurutera bernama Zaid (Beto Kusyairy). Walaupun berjaya di dalam hidupnya, namun Surina tetap sedih kerana masih belum dikurniakan seorang anak.
Pelbagai cara telah mereka lakukan namun semuanya tidak pernah berjaya. Pada suatu hari, Zaid telah bertemu dengan Laila di Kerteh atas urusan kerja dan dengan tidak disangka, mereka pula telah jatuh cinta! Zaid telah pun memberitahu Laila bahawa dia telah berkahwin tetapi kerana beranggapan cinta itu buta, mereka telah berkahwin tanpa Laila mengetahui siapa isteri Zaid yang sebenarnya.
Kebahagiaan Laila dan Surina kini berada di tangan seorang lelaki. Apakah nasib dua insan yang pernah bergelar rakan baik ini?
Pelakon Sirrun  : Beto Kusyairy, Anzalna Nasir dan Zarina Zainoordin.
Sumber : http://www.ceritamaster.com/?m=1
_____________________________
Kalau korang nak layan cite nih boleh ler tengok TV9, setiap Isnin & Selasa, 8.30mlm ...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Peace ...


Bye ... Saya nak gie sekolah dah ...
Published with Blogger-droid v2.0.9