Search This Blog

Kami tak bercerai lagi ...

Hehehe ... Tengok tajuk sikit nyer gempak ... Mesti kengkawan alam maya terkejut, inikan pula sanak saudara .... Ape yang aku maksudkan dengan bercerai di sini ialah bercerai susu badan ... Fatiha dah masuk 2 tahun pada 9 Disember 2010 ... Tapi tak de tanda-tanda nak bercerai pun ... Masih BF dengan jaya nyer ... "Bu ... Bu ... Nenen ..." ... Aku pun tak kisah sangat ... Nak cerai pun tak pe coz kira nya dah grad lah kan ... Tak cerai pun tak pe, jimat skit  ... Apa-apa pun Alhamdulillah tak terhingga kerana diberikan rezeki untuk Fatiha menyusu dengan susu ibu ... Kesempatan yang amat beshhh ...


Sedikit info untuk kengkawan ....

Bercerai susu

Lama Waktu Menyusukan Anak

 

Halal ker air nih ??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvupHtmclgHsWUL2au0D7Pz3CaOR-F1PSMfzzy80DH0AWGN2mLgJD-T7auzHaqaxZvZCiFMHS2Mg9AZagQywSV9xJb8WDprR0sryvwUvfMQvN6v6b_TlQvBFv7IgqBluwEh4aBY8dKwV2z/s1600/barbican.jpg 
 Kawan-kawan ...
Nak tanya nih, pernah tengok tak air cenghini ?? 
Banyak dah jual merata-rata ... Banyak dah orang minum ...
Dengar cite air nih dr negara arab/timur tengah ...
Yang menjadi persoalan, halal tak air nie eak ??
Ada beberapa brand lagi yang dah masuk ke pasaran Malaysia, tapi saya tak pasti apekah ia ...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIKlB5lO7igQr1ljfE0-azTDQdCH2OTu82irzCah4T3-1bOeWnB7bD52ZXDcR7xkYj37BhXlWbhhIpoBHIyEbNyvf-METaof0d_Hj34xSeS3133osPjUyy_KI8Zlfmk6mx7WQYqY73eAoX/s1600/_DSC8440.jpg

 Ada tak kengkawan yang tahu status air nih dan yg seangkatan dengan nyer ...
Terima kasih pada yang sudi membantu ...

Kita nie hamba jer ...

http://www.dhiela.com/wp-content/uploads/2010/04/solat2.jpg 

Kita di perintahkan mengerjakan solat kerana untuk melahirkan berbagai bagai rasa kehambaan saperti rasa malu, takut, hina diri, gementar, dan bimbang.Kita adalah hamba, agar apabila lahir sifat kehambaan maka akan hilang sifat sifat mazmumah yang merosakkan hidup kita, saperti sombong, ujub, adu domba, mengumpat, memfitnah dan mengaibkan orang lain dan sebagainya.Bermakna solat yang khusyuk dan yang di hayati dapat membakar sifat sifat mazmumah yang menjadi racun sebenarnya.

 Jika di dalam ibadah solat, kita tidak melahirkan sifat kehambaan atau di saat kita solat kita tidak merasai yang kita ini hamba tuhan, maka mustahil di luar solat kita dapat merasa yang diri kita ini hamba. Apabila sifat kehambaan tidak wujud dalam diri kita maka yang wujud adalah sifat mazmumah.

Penyakit jiwa ini lah yang menjadikan manusia sentiasa berkrisis.Orang politik dengan penyakit gila kuasanya. Suka bergaduh dan jatuh menjatuhkan.Yang berkuasa pula berpenyakit angkuh tidak boleh bertolak ansur serta bersifat menindas.Jiwa rakyat bercelaru dan kucar kacir dek di pergunakan oleh pemimpin pemimpin yang berpenyakit jiwa ini.Dan berbagai kecelaruan dan krisis manusia terpaksa hadapi oleh kerana hilang nya rasa kehambaan kepada Tuhan.
 Justeru rosaklah masyarakat, hilang lah bahagia dan terseksa lah hidup.
 Maka ibadah Solat yang di jiwai hingga timbul rasa kehambaan akan melahirkan hamba hamba Allah saperti berikiut:
  • Peribadi yang kuat keyakinannya
  • Peribadi yang kuat Imannya
  • Peribadi yang mempunyai akhlak yang tinggi
  • Peribadi yang berdisiplin
  • Peribadi yang bersih dari maksiat dan kemungkaran (kecuali sedikit)
  • Peribadi yang kuat syariatnya
  • Peribadi yang bersih jiwanya
  • Peribadi yang kurang sifat sifat mazmumahnya.

Hasil dari solat yang bermutu tinggi maka akan lahirlah masyarakat umat Islam yang mempunyai peribadi peribadi saperti yang saya sebut tadi.Jadilah bangsa ini bangsa yang Agung dan Allah akan angkat darjat bangsa ini hingga bangsa lain tunduk kepada nya.


Wallahu'alam.