Search This Blog

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2017



Hai kengkawan ... Esok akan bermula lah Peperiksaan SPM di seluruh negara ... So "MakCik" (tua nyer aku) mengambil kesempatan ini mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang  kepada semua pelajar-pelajar ... Bagi mereka2 yg terlibat ngan banjir tu,  jangan hilang mood periksa plak... Sentiasa alert dengan situasi semasa dan update dengan pengumuman yang dibuat oleh pihak berkuasa... 
Sebelum korang nak gie peksa tu kenalah ...

1. Semak jadual 
2. Siapkan peralatan alat tulis
3. Tidur rehat secukupnya
4. Sebelum nak gie amek peksa tu jangan lupa minta restu ibubapa ....
5. Berdoa dan bertawakal



Kepada para Ibu atau Bapa pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul - 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah - 100x.



Semoga calon SPM 2017 yang akan menduduki peperiksaan pada esok hari dapat menjawab soalan dengan tenang dan didoakan semoga beroleh kejayaan dengan cemerlang... Insyaallah ... Allah tu kan Maha Mengasihani ...

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.


Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

So,  kat bawah ada beberapa amalan yang aku dapat daripada group wasap... Sure korang ada yang dah tahu... Aku letak kat blog supaya senang aku nak rujuk nanti... Penyakit kanser nih dah makin popular kan sekarang... Selain daripada rawatan di hospital,  boleh jugak diamalkan rawatan Islam ini... Semoga bermanfaat untuk semua... 


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser... Jika pesakit dapat membacanya lagi baik... Kalau tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain bacakan... 

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.


Sediakan sebotol @ secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air.

Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser... InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.


1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat185-227)
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).


Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser...

Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya...

Amin.  Semoga bermanfaat buat semua kengkawan dan sedara-mara...

HARGA MINYAK 2 NOVEMBER 2017 - 8 NOVEMBER 2017

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Mulai 2 NOVEMBER 2017 - 8 NOVEMBER 2017, harga runcit Petrol dan Diesel adalah seperti yang berikut :

RON95 : ⬆ naik 4 sen (RM2.24 seliter)
RON97 : ⬆ naik 4 sen (RM2.54 seliter)
DIESEL :  ⬆ naik 4 sen (RM2.17 seliter)

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Yehaaa... Menaik nampak nyer minggu nih...  Jangan stress tau,  layan kan aje... Nak wat cam ner, minyak kena isi jugak... 

Amboiii... Amboiii... Amboiii...

Haaa... Marah... Marah...
Rilex... Senyum jer...
Jangan marah2, nanti cepat tua...
Muahahaha...
🤔🤔🤔

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽