Search This Blog

Showing posts with label Piala Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Piala Malaysia. Show all posts

Tahniahhhh Perak Juara Piala Malaysia 2018


Tahniah pasukan Perak kerana menjuarai Piala Malaysia 2018. Perlawanan yang lama jugak sampai ngantuk-ngantuk dah aku. Perlawanan separuh masa pertama seakan-akan menyebelahi Terengganu. Tapi tulah bola itu bulat, pasukan Perak berjaya menyamakan kedudukan hasil usaha. Bagi aku yang tak berapa hadam bab bola nih, perlawanan semalam nampak macam nak gaduh jer, agak tegang jugak. Pengadil tu sape ke nama nyer, Suresh tu, macam ramai yang tak puas hati. 

Apa yang penting moral yang perlu kita semua hadamkan hasil perlawanan semalam. 

Penjaring gol sendiri Terengganu last minit :
Bermain dengan baik sepanjang permainan tapi dipengakhiran lalai dan melakukan kesilapan, buruk kesannya.

Penjaga gol Perak : Melakukan kesilapan besar diawal permainan, tetapi dipengakhiran sempat melakukan sesuatu yang membanggakan pasukan.

Begitulah kehidupan, jangan kita ingat pendosa itu neraka tempatnya, tiada siapa tahu taubatnya diakhir hayat diterima Allah.

Dan jangan kita bangga dengan amalan kita, kerana kemungkinan dipenghujungnya nanti mungkin hanya dengan sedikit kelalaian, menjerumuskan diri kita ke neraka.

Wallahua'lam

Tahniah kedua-dua pasukan dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan.