Search This Blog

PERCUTIAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN DI SEOUL

Untuk sahabat-sahabat yang suka bercuti, melancong or jalan-jalan. Jom ikuti kisah sahabat ini jalan-jalan ke Korea.

Budaya KPOP dan KDrama sekarang ni tak dapat dibendung baik perempuan maupun lelaki, haa korang jangan nak sorok-sorok ye kalau dah minat tu. Takpe aku faham sebab kadang2 filem or drama diorang berkualiti sebab aku pun layan gak. Haha tapi aku kat sini bukanlah nak cerita pasal tu sebab aku nak cerita pasal apa yang korang boleh buat kalau nak bercuti kat Seoul. Kat Traveloka korang boleh book cheap flights to Seoul online semudah 123. Hehehe. Lepas book tu baru korang boleh plan itinery korang nanti. Apa yang aku nak share ni korang take note la ye.

http://www.koreatimes.co.kr

Changdeokgung Palace merupakan salah satu daripada tempat tinggal bagi keluarga diraja Korea. Untuk menerokai seluruh kawasan istana ini, korang memerlukan sekurang-kurangnya 2 jam. Tak cukup dengan keindahan istana ini, di luarnya pula terdapat taman yang cukup mengasyikkan keindahannya. Terdapat beberapa buah kolam teratai dan dikelilingi dengan pokok-pokok yang penuh warna-warni terutama pada musim luruh, suasana di taman ini kelihatan sungguh magikal. Pejamkan mata dan bayangkan korang sedang berjalan-jalan dengan keluarga raja di sini.

Sudah melancong ke negara orang, mesti banyak yang ingin korang pelajari pasal negara yang dijejaki itu kan? Kalau macam tu, sebelum korang melangkahkan kaki ke tarikan-tarikan yang lain di Korea ini, apa kata kalau korang melawat National Museum of Korea. Melangkah masuk ke dalam muzium ini membuatkan korang merasa seperti merentasi zaman kerana pamerannya yang tersusun kemas bermula dari zaman pra-sejarah di Korea sehinggalah ke zaman moden, pameran ini juga lengkap dengan penerangan di dalam bahasa Inggeris (bukan senang nak jumpa muzium sebegini di Korea). Dah penat berjalan, korang boleh bersantai di banyak ruang santai yang disediakan pihak muzium.

Pinterest.com

Tak sah kalau tak melengkapkan penjelajahan korang di negara Korea tanpa melawat N Seoul Tower atau Namsan Seoul Tower, salah satu bangunan ikonik di Seoul. Sudahlah terletak di atas bukit, ditambah lagi dengan ketinggian menara ini yang mencapai 777 kaki, bayangkanlah pemandangan yang disajikan dari atas menara ini. Cukup mengujakan. Ramai juga yang mengatakan pemandangan dari tandas menara ini pun dah cukup hebat, tak perlu menuju ke dek pemerhatian. Terletak di tepian Sungai Hangang, Hangang Park merupakan sebuah taman rekreasi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk korang beraktiviti bersama keluarga di waktu petang seperti tempat bermain bola keranjang, gelanggang bola tampar, gelangang tenis, skate rink, pusat kecergasan, laluan basikal dan juga sebuah kolam renang yang luas.

Walaupun taman ini agak popular sehinggakan ada yang membuka khemah, ajaibnya, kawasan sekitar kelihatan sangat bersih.  Di samping itu, dari Hangang Park juga korang dapat melihat pemandangan indah bandaraya Seoul yang terletak di seberang sungai. Teringin ke sini? Rancanglah aktiviti menarik bersama keluarga sebelum datang, kalau korang nak tahu antara aktiviti yang terkenal di sini adalah menaiki bot pedal, berkanu, bbq, berkhemah, ski air dan banyak lagi!

Sebuah kawasan yang pada asalnya adalah tempat pelukis-pelukis di Korea mempelajari seni lukisan pada zaman Dinasti Joseon (1392-1910), kini Insadong masih lagi mengekalkan semangat keseniannya dengan kewujudan pelbagai jenis galeri seni, pakaian, lukisan, kraftangan dan lain-lain lagi. Di sini jugalah korang boleh membeli barangan untuk menghasilkan kaligrafi, bermacam jenis teh, hanji (kertas tradisional Korea), hanbok (pakaian tradisional Korea) dan lain-lain lagi. Lokasi yang wajib korang lawati! Kalau korang sudah ke muzium sewaktu di Korea untuk mempelajari sejarahnya, di Bukchon Hanok Village pula adalah sebuah lokasi terbaik untuk korang menyelami budaya tradisional masyarakat Korea. Sebaik korang menjejakkan kaki di sini, terasa seperti korang hidup di zaman yang berbeza, mana tidaknya, tiada satu pun rumah di sini yang mengikuti perubahan zaman, beratus-ratus rumah di sekitar Bukchon Hanok Village ini adalah rumah tradisional Korea ataupun digelar hanok. Banyak rumah-rumah klasik di sini yang dijadikan rumah tumpangan, restoran, pusat kebudayaan dan rumah teh. Jangan lepaskan peluang untuk memasuki hanok-hanok ini ya! So kalau ada nak buat trip ke Seoul ni korang boleh buat dengan Cathay Pacific Airlines flights booking di Traveloka sebab kat sini takkan ada additional booking charges. Untungkan? Jangan lupa ya guys Traveloka.

2 comments:

  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete