Search This Blog

TAZKIRAH JUMAAT #59 | PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN


Hi kengkawan semua ... Jom semak balik subjek sekolah menengah dulu ... Ingat lagi tak ? 

MAKSUD IMAN 

DARI SEGI BAHASA :- percaya 

DARI SEGI ISTILAH :- Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota 

KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM 

- membentuk insan muslim sejati 

- supaya istiqamah dalam ibadat 

- melahirkan generasi berakhlak mulia 


PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN 

· SYIRIK 
· MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya 

· JENIS-JENIS SYIRIK : 

1. Syirik Jali 

Maksud :- perlakuan syirik secara terang-terangan 

Contoh : 
- menyembah patung dan berhala 
- menyembah bulan atau matahari 
- mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan 

Akibat :- rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat 

2. Syirik Khafi 

Maksud :- tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat 

Contoh : 
- riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri), 
- ujub (mengagumi diri sendiri), 
- takbur (membangga diri) 

Akibat : 
- dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat 
- sukar menerima pandangan orang lain 

Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana ia membatalkan iman seseorang ... Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah ... Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik ... Amalan ini juga mencemarkan kesucian agama Islam ... 

Cara mengelak perbuatan syirik :-

· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas 
· Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi 
· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik 

Kesan Syirik 

· Membatalkan iman 

· Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah 

· Dimurkai Allah 

· KUFUR 
· MAKSUD :- tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W 

· JENIS-JENIS KUFUR : 

1. Kufur Hakikat :
Maksud :- ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w

Contoh : 
- tidak mengakui balasan diakhirat
- menolak hukum yang terdapat dalam al-quran 
- menyatakan solat fardhu merugikan masa 
- menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi 

2. Kufur Nikmat : 
Maksud :- mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan 

Contoh : 
- menggunakan nikmat kejalan maksiat 
- enggan mengeluarkan zakat / sedekah 
- boros membelanjakan harta 

· FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG MENJADI KUFUR : 

- pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala 

- terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan 

- kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup 

· RIDDAH 

· MAKSUD :- berpaling atau keluar daripada agama islam 


· SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA

- Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam 

- Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam 

- Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam 


· SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH 

- lemah pegangan agama 

- jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam 

- terpengaruh dengan tawaran kebendaan 


AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD 

- hubungan suami isteri terfasakh 
- haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam 
- haram dikebumikan diperkuburan Islam 
- menjadi penghuni neraka selama-selamanya 



CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD 

- memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam 

- memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf

- pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum


TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD 

- menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam 

- sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh kerana takut dia akan menghasut yang lain supaya meninggalkan islam tanpa mengetahui balasannya.


HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD 

- memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan 

- mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam 

- menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara 


LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD 

- berpegang teguh dengan ajaran islam 

- menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah 

- mendalami ilmu-ilmu agama 

- menghadiri majlis-majlis ilmu


LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD 

- memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam 

- memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad 

- mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad 


· KHURAFAT 

· MAKSUD :- Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat 

 CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN 

- mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang

- mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial 

- membuang ancak bagi menghalau hantu

- mengunjungi kubur yang dianggap keramat 

FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM 

- iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat 

- terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat 

- ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal 

CARA MENANGANI &MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM 

- menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat 

- mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat 

- mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat 

AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT 

- menyebabkan syirik dan batal iman 

- membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia 

- menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik 


· SIHIR 

· MAKSUD :- ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia 

CONTOH 

- menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna 

- mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan 

- pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus 

PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR 

- perasaan dendam seseorang terhadap orang lain 

- iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang 

- ada perasaan benci terhadap seseorang 

CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR 

- mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir 

- menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat 

- tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut 

AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR 

- merosakkan akidah dan membatalkan iman 

- memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah 

- hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan 


HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR 

- supaya akidah seseorang tetap terpelihara 

- supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera 

- supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar 

CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR 

- membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat 

- sunnah nabi membaca Al fatihah dan 4 qul sebelum tidur dan diusap seluruh badan dengan tangan sambil meminta pertolongan Allah.

- banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah 


· NIFAK 

· MAKSUD :- Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah 


CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK 

- berdusta apabila bercakap 

- khianat apabila diberi amanah 

- bersikap melampaui batas apabila bertengkar 

- selalu mungkir janji 

CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK 

- meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah 

- bercakap benar apabila berbicara

- bersifat jujur dan amanah 

- menunaikan janji 

AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK 

- menghilangkan sikap percaya-mempercayai 

- melemahkan perpaduan masyarakat 

- menghancurkan kekuatan umat islam 

CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN 

· Berpegang teguh pada ajaran Allah 

· Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah 

· Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah 


KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL 

· Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah 

· Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah 

· Dilaknat dan dibenci oleh Allah 

· Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah S.W.T

Haaaa ... Ingat lagi tak ... Jangan main-main ... Boleh terbatal iman tau ... Untuk adik-adik yang nak amek periksa tu kalau nak senang, rujuk peta minda kat bawah nie ... Senang skit nak hafal ... 



*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...

Semoga bermanfaat buat kita semua ...

No comments:

Post a Comment