Search This Blog

Teruji dengan Hati ...


Setiap yang berlaku pasti banyak hikmah yang terselindung. Hikmah itu bukan datang selepas kita diuji. Ia hadir dalam masa yang tidak pernah kita duga. Walau kita rasa kesakitan tetapi bila
kita ada Rasa bertuhan itulah yang akan menjadi panduan buat kita. Hidup ini untuk di uji bukan hidup ini utk lari dari ujian. Kita hamba Allah yang layak dan seharusnya mampu untuk menerima ujian itu.

Terkadang kita rasa tidak mampu dan berputus asa bahkan bagai tiada harapan lagi untuk meneruskan kehidupan. Langkah
kian payah, nafas kian susah, jiwa kian resah hati kian parah. Itu hanyalah di dalam kawalan kita. Kita mampu mengawalnya. Bisik pada diri.. “ia datang dari Tuhan dan pasti akan ada kesembuhan.”  Andai ada insan di sekeliling kita yang menjadi alat untuk kesakitan kita redhalah..hadapilah dengan penuh keredaan kerana mereka adalah lorong kita meraih pahala juga mendidik jiwa. Jangan sesekali terluka dengan sikap mereka kerana kita sudah punya jiwa yang mampu mengawal segala molekul rasa yang ada di dalam diri kita.

Payah tetapi bukan susah. Sakit tetapi tidak akan berjangkit. Penat tetapi tidak akan menjadikan kita tenat! Walau apa yang datang di dalam hidup kita. Yakinlah bahawa kita layak untuk di uji dan
menerima ujian. Tuhan sengaja mengaturkan kita dengan pelbagai ragam manusia. Di situ kita membina ukhwah kita menyelami erti mawaddah andai tersingkap mazmumah anggaplah ia sebagai rencah bukan padah!

Walau tinggi mana kedudukan kita, walau kaya mana pun kita tetapi harus kita tahu bahawa Tuhan kita maha Agung, Tuhan kita maha kaya. Kita berada di dalam dunianya. Sebagai peminjam dan nanti kita harus memulangkannya kembali kepada NYA. Setiap apa yang ada di bumi ini hanyalah pinjaman dari NYA termasuklah diri kita ini. Gunakanlah ia sebaik
mungkin jangan sesekali kita menyalahgunakannya.

Ujian kehidupan terkadang membuat kita lemah, sampai ada yang rebah juga ada yang tidak mampu untuk bangkit. Menukar gelap menjadi cahaya, menukar hiba menjadi bahagia, membuang duka menjadi suka. Setiap jalan yang kita pilih dan lalui ini pasti akan ada ujian. Bersiap siagalah
wahai diri. Kuatkan iman, kuatkan hati juga kuatkan emosi. Kejarlah cita-citamu!

Sumber : Secangkirbicara


Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

  1. selalu la kita kena beristiqamah dan muhasabah diri...

    www.mnmforlife.blogspot.com
    www.facebook.com/MixMatch4life

    ReplyDelete