Search This Blog

Dhia Sofea

 Dhia Sofea

Hari nie bermula lah episod baru dalam slot Samarinda, TV3 ... Kali drama arahan Rashid Sibir ... Kalau tengokkan kepada pengarah nyer, macam best drama nih ... Sama-samalah kita saksikan Dhia Sofea ... Aku kalau ada masa aku layan lah ...

Slot Samarinda TV3
14 Oktober 2015
(Rabu-Khamis, 10.00 malam) 

SINOPSIS DHIA SOFEA
Kepulangan Dhia Sofea disambut dengan majlis hari jadinya yang diaturkan oleh ibunya, Mak Yam. Dhia tidak sangka kejutan hadiah hari jadi yang diberikan oleh Mak Yam bakal mengubah hidupnya. Apakah dugaan yang bakal menghujani Dhia?

Mengisahkan Dhia Sofea (Amyra Rosli) mula mencari siapakah ibu dan bapa kandungnya selepas mendapat tahu dia hanyalah anak angkat kepada Mak Yam (Norlia Ghani). 23 tahun yang lepas, Dhia diserahkan oleh pasangan muda yang tidak dikenali oleh Mak Yam. Wanita itu berkelubung dan tidak kelihatan wajahnya. Lelaki itu pula memberi RM500 kepada Mak Yam untuk menjaga bayi itu dan mereka berdua tidak pernah kembali selepas itu.

Mak Yam membesarkan Dhia seperti anak kandungnya. Din (Syafiq Kyle), seorang anak yatim paitu juga menumpang kasih Mak Yam. Din menyimpan perasaan terhadap Dhia tetapi dia tidak meluahkan isi hatinya apabila Dhia pulang ke kampung bersama teman lelakinya, JJ (Fadlan Hazim). Dhia hanya mempunyai seutas rantai berhuruf M yang dipakai sewaktu bayi dijadikan sebagai bukti sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ ketika hadir ke parti hari jadinya. Dhia terkejut apabila JJ memberitahunya bahawa wanita itu ialah ibunya, Lorena (Maria Farida).

Dhia meminta izin daripada Mak Yam untuk tinggal di rumah makciknya, Cik Non (Raja Ema) di Kuala Lumpur. Dhia mencari alasan untuk mendekati Lorena. Apabila Dhia mendapat peluang untuk bertanya Lorena tentang loket rantai itu, Lorena tidak mengaku. Dhia mula putus asa tetapi JJ memujuknya dan berjanji akan menolongnya. Dhia terharu dan terus mencari bukti-bukti.

Lorena mula resah dan dia telah berjumpa dengan kawan baiknya, Dolly (Sharifah Haslinda). Lorena juga tidak mahu kerjaya suaminya, Mahadi (Dato’ Eizlan Yusof) tercalar. Dolly mula merancang sesuatu untuk menghapuskan Dhia supaya rahsia tersebut tidak terbongkar. Berjayakah Dhia menemui siapakah ibu bapa kandungnya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Lorena dan Dolly?


Salam Maal Hijrah 1437 H


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1437 H kepada seluruh umat Islam.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah. Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.

Di kesempatan ini juga, saya menyusun jari sepuluh andaikata saya ada terkata secara sengaja ataupun tidak. Malahan saya ingin memohon maaf andaikata gurau senda & kata2 saya selama ini mengguris hati & perasaan anda semua. saya berharap anda semua dapat memaafkan saya dengan setulus hati dgn penuh ikhlas.

Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri. Dan halalkan makan minum saya.

Selamat menyambut tahun baru maal hijrah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjO96yQgNH73FuLZpfn20RPEBOjnF_97Ex7wx7rPzKzqIN6zAJclt-w_f2PtRE64SW78VLX4r1-lhKEscxzJUwM39mOsVRECS_AYxFZeMsSkmAexaGnef2PJVQxlSeAahB_NNPcHX15ZDQ/s1600/doa+awal+thn.bmp[doa+akhir+tahun.bmp]
Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati & diredhai Allah SWT.





PETUA KURANGKAN BAU PETAI

Assalamualaikum dan Selamat Pagi kengkawan ... Korang suka makan ulam tak ? Ulam bagus kan untuk awet muda ... Kengkawan suka makan petai ? Aku nie makan ler petai tapi xde ler sampai sepapan habis ... Disebabkan penghuni rumah nie suka makan petai, maka gigih ler aku menggoogle petua-petua nak mengurangkan bau petai tu ... Maklum ler harummmm sangat, kang ada yang tak puas hati plak ...
PETUA KURANGKAN BAU PETAI DAN BAU LEPAS MAKAN

Cara sebelum masak @ petai mentah ...

1. Korang rendamkan petai yang telah dipotong dengan air basuhan beras selama sejam ... Kemudian bilas dengan air bersih dan bolehlah dimasak ... Kena prepare awal-awal lah sebelum masak ...

2. Korang boleh masukkan terung dalam masakan yang menggunakan petai ... Cam pelik jer petua nie ...

Dua nie jer petua yang aku jumpa untuk mengurangkan bau petai sebelum dimakan ... Kalau dah makan tu tak dapat nak kata ape dah ... Tapi korang leh cuba petua kat bawah nie plak ...

Cara menghilangkan bau mulut setelah makan petai ... Yang nie penting untuk penggemar petai ... Kalau kat rumah tu tahan ler skit kan, kalau korang makan kat luar, lepas tu nak continue keje ker, nak jumpa customer ker, nak jumpa @#£%&* ker ... Haaa boleh ler try yang nie plak ... At least kurang ler bau harummm tu ...

1. Untuk menghilangkan bau mulut setelah makan petai, kunyahlah timun mentah ... So, kalau korang makan kat gerai leh ler ambik dua-dua ulam tu sekali ... Dah habis petai, makan timun plak ...

2. Pilihan lainnya adalah kunyah beras yang belum dicuci sampai hancur di mulut ... Tak payah telan berasnya ... Aku tak pernah try petua nih, tapi kata nyer  cara paling berkesan ... 

3. Minum dalam tiga empat teguk susu segar sebelum dan selepas makan petai, susu segar yang dalam kotak atau dalam botol boleh saja ... Petua yang nie macam best jer ...

4. Ambil segengam beras masuk kan ke dalam mulut kita ... Dan kumur dgn beras tadi ... Insyaallah bau mulut hilang ... Petua yang nie macam lebih kurang no.2 tu jer ...

He he he ... Macam-macam petua adakan ... Kengkawan boleh ler try mana yang sesuai ... Satu pun aku tak pernah try lagi ... Biasa aku akan gosok gigi lepas makan petai ... Itupun kalau kat rumah ler ... Kalau makan kat luar aku akan makan gula-gula mint ataupun kunyah bubble gum yang mint ... Kalau korang nak gie jumpa customer ker, jumps bos ker, jumpa @#£%&* ker or nak hadiri interview ker ... Kalau boleh elakkan lah ...

Wallahua'lam ...