Search This Blog

I Want To Touch A Dog


Kecoh plak pasal program "I Want To Touch A Dog" ... Korang rase perlu ker eak program nie ? Katanya program dianjurkan untuk hilangkan paranoid di kalangan muslim ... Supaya kita-kita nie tidak benci dan menganaiya binatang bernama anjing ... Mungkin bukan niat penganjur untuk mempersendakan agama ...

Tapikan bagi aku setakat nak bagi kesedaran macam tu, kita yang muslim nie tak perlu lah nak sentuh, nak gomoi ... Kalau dari segi hukum yang aku tahu lah kalau kering boleh pegang ... Tapi sure ker kite tangan tak basah ? Bulu anjing tak basah ? Tak kena air liur anjing ? Kang ade plak yang cakap pegang anjing kecoh, pegang bukan muhrim tak kecoh plak ... Hmmm ...

Aku rase lah kan antara kita nie ramai jer yang tahu pasal hukum pegang anjing nie ... Cuma mungkin ada sesetengah yang masih keliru ... Kita pun tak boleh pelihara anjing dalam rumah, atas alasan-alasan cam kat atas tu lah ... Kalau kita bela untuk jaga kebun, untuk jaga ladang, untuk digunakan sebagai binatang pemburu dibolehkan ...

Sekian saje info dari aku yang masih cetek ilmu nyer ... Kalau korang nak tahu lebih details boleh rujuk kat http://drmaza.com/home/?p=2449 ... Tak pun korang search jer kat YouTube, banyak dah ustaz2 yang ulas pasal mende nih ...


Buat semua di luar sana ... Islam adalah agama yang membawa konsep kasih sayang dan mengajar umat nyer berlaku baik terhadap setiap makhluk Allah s.w.t termasuklah anjing ... Haiwan ini tidak patut dikasari, dianiayai dan sebagai nyer ... Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, itu tak bermakna penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman! So, wahai sekalian manusia, hindarkanlah dari membuat perkara-perkara yang mengganggu sensitiviti masyarakat setempat ...

Wallahua'lam

10 Orang Terkaya Di Malaysia 2014



Hai kengkawan ... Buat ape petang2 nie ??? Hujan hujan nie, sejuk sejuk nie, alangkah best nyer kalau dapat Pisang Goreng Cheese ...

Sambil sambil tu meh ler kita tengok sape yang paling kaya kat Malaysia tahun nie ... Agak2 nyer sape lah nombor 1 eak ?? Jelosnyeeeeee..... huh!!

10. Datuk Mokhzani Mahathir

-Naib Pengerusi Eksekutif Sapura Kenchana Petroleum, memiliki kekayaan RM4.22b

9. Puan Seri Lee Kim Hua

-kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM7.47b

8. Tan Sri Lim Kok Thay

-kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM9.43b

7. Tan Sri Syed Mokhtar

-memiliki yayasan Bukhary, memiliki kekayaan RM11.07b

6. Tan Sri Lee Shin Cheng

-101 groups, memiliki kekayaan RM13.12b

5. Tan Sri Quek Leng Chan

-Hong Leong Group, memiliki kekayaan RM14.11b

4. Tan Sri Teh Hong Piow

-tokoh perbankan Public Bank, memiliki kekayaan RM18.07b

3. T Ananda Krishnan

-ahli perniagaan, memiliki kekayaan RM33.19b

2. Tan Sri Robert Kuok

-hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong,memiliki kekayaan RM54.48b

1. Orang yang mengerjakan Solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh.

-memiliki kekayaan seluruh dunia dan segala isinya ...

Dari Aisyah ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Dua rakaat shalat sunnah fajar, lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim, Turmudzi, Nasa'i & Ahmad)

Jangan lupa share ... Mana tau esok ada kawan2 kita yang baca tergerak hati solat subuh berjemaah dapat pahala free kat kita ... He he he ... Insyaallah...