Search This Blog

I Want To Touch A Dog


Kecoh plak pasal program "I Want To Touch A Dog" ... Korang rase perlu ker eak program nie ? Katanya program dianjurkan untuk hilangkan paranoid di kalangan muslim ... Supaya kita-kita nie tidak benci dan menganaiya binatang bernama anjing ... Mungkin bukan niat penganjur untuk mempersendakan agama ...

Tapikan bagi aku setakat nak bagi kesedaran macam tu, kita yang muslim nie tak perlu lah nak sentuh, nak gomoi ... Kalau dari segi hukum yang aku tahu lah kalau kering boleh pegang ... Tapi sure ker kite tangan tak basah ? Bulu anjing tak basah ? Tak kena air liur anjing ? Kang ade plak yang cakap pegang anjing kecoh, pegang bukan muhrim tak kecoh plak ... Hmmm ...

Aku rase lah kan antara kita nie ramai jer yang tahu pasal hukum pegang anjing nie ... Cuma mungkin ada sesetengah yang masih keliru ... Kita pun tak boleh pelihara anjing dalam rumah, atas alasan-alasan cam kat atas tu lah ... Kalau kita bela untuk jaga kebun, untuk jaga ladang, untuk digunakan sebagai binatang pemburu dibolehkan ...

Sekian saje info dari aku yang masih cetek ilmu nyer ... Kalau korang nak tahu lebih details boleh rujuk kat http://drmaza.com/home/?p=2449 ... Tak pun korang search jer kat YouTube, banyak dah ustaz2 yang ulas pasal mende nih ...


Buat semua di luar sana ... Islam adalah agama yang membawa konsep kasih sayang dan mengajar umat nyer berlaku baik terhadap setiap makhluk Allah s.w.t termasuklah anjing ... Haiwan ini tidak patut dikasari, dianiayai dan sebagai nyer ... Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, itu tak bermakna penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman! So, wahai sekalian manusia, hindarkanlah dari membuat perkara-perkara yang mengganggu sensitiviti masyarakat setempat ...

Wallahua'lam

18 comments:

  1. salam , saya follow sini :)

    http://caraleezaty.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK thanks ... Insyaallah akan BW ker sana plak nanti ...

      Delete
  2. setuju dengan akak...memang betul kite lebih baik jangan sentuh anjing, tapi tak bermakna kite kena aniaya binatang tuh kan... :D salam perkenalan dari blog jindrisska.blogspot.com :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan ... Tak perlu kot nak usap2, belai2 ...

      Delete
  3. jemput join giveaway souvenirs dari Paris saya yer... :D

    ReplyDelete
  4. Huhu..keyword anjing meletup la nnt ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah lah, tak mengharap pun, cuma masih keliru, takkan lah dia orang tu x tahu, takkan lah jahil sangat ...

      Delete
  5. Xperlu pun program macamni. Rasanya penganjur boleh cari alternatif program lain untuk capai objektif tu. Rasanya orang normal macam kita ni, xkan aniaya apa2 jenis binatang walaupun anjing kan. Cuma kita xboleh nak bela macam kita bela kucing dll kan....

    Yana follow sini (^^,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memula tu saya ingat penganjur nyer non muslim ... Sekali tengok, eh eh ... Bertambah confuse saye ...

      Delete
  6. kalau ilmu tak cukup lagi, sebolehnya elakkan la..

    ReplyDelete
  7. saya setuju dgn entry akak ni 100% lgpn tmpat kita(malaysia) berpegang pada mazhab syafie jd dah terang2 kn imam kita cakap apa jd ikut je la...x susah pun kan ni sampai ada program yg mcm ni..yg x tahan tu ada plak yg mengikutnya(beragama islam) tidak tu boleh menimbulkan fitnah...tak gitu kak hani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan ... Akhir zaman, fitnah berleluasa ...

      Delete
  8. mana tu la kak...akhir zaman,,,semua dah x takut dgn fitnah2 ni apa yang dieorang tahu..bt je..kesan mendepan x kira dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nauzubillah, mintak dijauhkan dari kita-kita semua ...

      Delete
  9. Sis Hani, I AGREED 200% With what u telling above!!
    So, i don't need to comment anything more becos wat u said are ABSOLUTELY RIGHT!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan ... Tapi confuse plak, takkan depa semua tu tak tau kan .... Hmmm ...

      Delete