Search This Blog

Petua Rawatan Untuk Sakit Kepala


Sakit kepala adalah penyakit umum yang biasa terjadi pada setiap orang ... Bukan hanya orang tua dan dewasa saja, kanak-kanak pun ada mengalami penyakit sakit kepala nih... Kebanyakan orang akan mengalami sakit kepala lebih daripada satu kali dalam hidupnya ... Aku pun selalu kena sakit kepala nih... Selalu nya aku akan ambil ubat-ubat biasa di pasaran... 

Ada sehari tu makcik aku ada wasap aku kat group lah pasal sakit kepala... Jom hadam kan... Mana tau boleh cuba nanti... 

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)
2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)
5. Baca Surah An-Nas (1kali)
6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)
7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit... Insyaallah... 

MAKLUMAT TAMBAHAN :
Beberapa jenis sakit kepala... 

CPUV NUFFNANG #116 | GRAB MY


Maaf cerita tahun lepas yang tak sempat diwar-warkan... Alhamdulillah di penghujung 2016 dapat kempen daripada Grab MY ...

Rase nyer semua orang dah tau ape mende nyer Grab MY nie... 


GRAB CAR Chauffeured cars for your every need, from everyday cars to luxury vehicles.

  

So sekarang kita ada pilihan samada nak guna teksi biasa tu or Grab My ... Klik jer link tu kalau nak tau lebih lanjut... 


Kengkawan kalau ada jumpa iklan    Grab MY menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik, untuk yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah... Sob... Sob... Sob... 

Terima kasih #nuffnang
#grabmy
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct

JADUAL PEMBAYARAN BRIM 2017

Berikut adalah Jadual Pembayaran BRIM 2017 ... Korang boleh semak status permohonan korang kat SEMAKAN STATUS 2017 ... 


  PERINGATAN  
 
MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG PALSU berkaitan BR1M di media sosial seperti berikut :

        a. http://brim-hasil.net/ 
         b. https://www.facebook.com/BR1M3/ 
         c. http://www.br1m.info 
         d. http://www.br1m.net 
         e. http://www.br1m2017.com 
         f.  http://www.bantuanrakyat1malaysia.com 

Oleh itu, tuan / puan adalah dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang tersebut.
Untuk makluman, LHDNM juga tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian BR1M secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berikut adalah bukan milik LHDNM:

+6016-830-1970
+6016-736-9364
+6016-594-7475 

LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada tuan / puan yang ada membuat panggilan di talian bebas tol BR1M dan tuan / puan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

LHDNM menerima aduan dimana terdapat permohonan BR1M 2017 yang dikemukakan kepada pihak ketiga telah dikenakan bayaran. Untuk makluman, kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan BR1M 2017. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk hadir terus ke cawangan LHDNM yang berhampiran bagi tujuan permohonan BR1M 2017.

Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.


Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih ...