Search This Blog

CPUV Nuffnang #6 | Dutch Lady Friso Baby's & Sony Xperia Z3 Launch



Alhamdulillah ... Semalam dan kelmarin dapat lagi CPUV daripada Nuffnang ... Dutch Lady Friso Baby's Sony Xperia Z3 Launch ... Harap-harap banyak ler dapat nyer nanti ... Jangan ler masuk jer banyak dapat nyer ciput jer ...

Kengkawan kalau terjumpa iklan nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest jangan lupa klik-klik tau ... 

Terima kasih #nuffnang ... 

Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ...


CABARAN NOVEMBER #1 - NAMA YANG DISUKAI


Nama nie penting bagi kita semua ... Kalau takde nama, cam ner nak panggil kan ... Nama merupakan pengenalan bagi seseorang. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik. Jom tengok nama-nama yang saya suke ... Tapi dek kerana penyakit M datang, maka malas ler saya nak mencari makna nyer ...

11 - Danish Haikal 

10 - Adriana
Nie pun suke, sbb cam sedap bunyi nyer ...

9 - Qalisha
Macam best jer nama nie ...

8 - Normah
Ibunda tercinta ...

7 - Abdul Rahman
Nama ayahanda tercinta ...

6 - Muhammad Putra Al Amin
Anak yang last sekali ... 
Insyaallah ...

5 - Nur Fatiha Nadhirah
Satu satu nyer anak perempuan saya

4 - Muhammad Danial Fathullah
Nama Abang Ngah 

3 - Muhammad Luqman Aliff
Nama anak sulung ...
Salah satu watak dalam novel "Bukan Puteri Lindungan Bulan"

2 - Shahdan
Nie plak nama BigBoss

1 - Hani Fadhlina
Mesti lah suke ... Nama sendiri kan ...

Cabaran sebelum ini :-

CABARAN NOVEMBER #1 - TEMPAT YANG INGIN DILAWATI DI MALAYSIA


CABARAN NOVEMBER #1 - TEMPAT YANG INGIN DILAWATI DI DUNIA

TAZKIRAH JUMAAT #22 : Surah Al Hadid, Ayat 20



Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

××××××××××

Dalam menghadapi kehidupan di dunia ini, terdapat tiga jenis pegangan hidup di kalangan kaum Muslimin.

Pertama: Kaum Muslimin yang menjadikan dunia ini semata-mata sebagai tujuan hidup.

Nafas dan degupan jantungnya yang turun naik setiap hari hanya memikirkan untuk mencari kenikmatan hidup di dunia sahaja. Mereka ghairah mencari kekayaan, kedudukan, kuasa dan lain-lain lagi, seolah-olah semuanya dapat dibawa ke akhirat kelak. Hidupnya hanyalah semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu dan keinginannya yang tidak terbatas. Untuk mencapai maksudnya itu, pelbagai cara dan ikhtiar dilakukan walaupun terpaksa melakukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T seperti mencuri, membunuh, rasuah dan sebagainya.

Kedua: Kaum Muslimin yang menjadikan dunia ini sebagai jambatan hidup untuk ke akhirat.

Golongan ini menerima kesenangan dan kenikmatan dunia ini, tetapi hanya sekadar seperlunya sahaja agar fikirannya tenang, kedudukannya teguh dan jasmaninya sihat untuk berbakti kepada Allah S.W.T dan berbuat kebaikan terhadap sesama manusia. Yang menjadi tujuan utamanya ialah menikmati hidup akhirat yang kekal abadi kelak. Namun, perlu diingat bahawa, jangan kita terburu membakar jambatan tersebut kerana kelak arang jambatan itu akan terpalit ke muka kita sendiri.

Ketiga: Kaum Muslimin yang menjadikan dunia ini sebagai penjara hidup.

Bagi golongan ini pula, mereka tidak mahu tahu atau menikmati langsung nikmat yang ada di dunia ini. Seluruh hidupnya semata-mata untuk berbakti dan beramal secara terus menerus. Sehinggakan, mereka ini tidak ada masa langsung untuk bermanja dan bergaul dengan anak isteri masing-masing. Mereka rela hidup melarat di dunia ini yang sudah di anggap seperti penjara. Manusia seperti inilah yang sebenarnya telah mensia-siakan peluang hidupnya yang cuma sekali sahaja.

Pilihan yang tepat perlu dibuat ... Semua nikmat di dunia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita hanyalah sebagai jambatan untuk menguatkan hati kita dalam berbakti dan beramal agar mendapat makrifah dan keredhaan Allah S.W.T di akhirat kelak.

Kita tertarik untuk menjamah sedikit kemewahan dunia dan ia amat menyeronokkan. Keseronokan kemewahan dunia menarik kita untuk merasanya lagi dan lagi. Akhirnya kita hanyut di dalam kemewahan serta kemanisan dunia ... Nauzubillah ... Jadikan cerita ini peringatan dan iktibar untuk kita menjadi yang lebih baik... Carilah dunia untuk kesinambungan kehidupan dan kejarlah akhirat untuk bekalan untuk bertemu-Nya ...

Wallahua'lam ...