Abu Lahab adalah musuh utama Nabi saw semasa baginda mula menyampaikan ajaran Islam. Pelbagai aniaya dan kejahatan telah dilakukan oleh Abu Lahab keatas Nabi saw dan sesiapa yang mengikuti ajaran Islam. Abu Lahab sungguh-sungguh bermusuhan dengan Nabi saw sehingga berusaha agar Nabi saw dibunuh.
Firman Allah, “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia! Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak (neraka). Dan (begitu pula isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal.” (Al-Lahab: 1 – 5).
Abu Lahab adalah bapa saudara Nabi saw. Nama sebenar Abu Lahab ialah Abdul Uzza bin Abdul Mutalib. Abu Lahab adalah abang kepada ayahanda Nabi saw, Abdullah bin Abdul Mutalib.
Diriwayatkan bahwa Abbas bin Abdul Mutalib bermimpi bertemu Abu Lahab dan Abbas bertanya padanya, “bagaimana keadaan mu?”, Abu Lahab menjawab, “aku sedang disiksa, tetapi pada setiap hari isnin siksaan ke atas aku diringankan kerana pada hari kelahiran Muhammad saw., aku telah membebaskan hambaku Tsuwaibah kerana sangat gembira dengan kelahirannya”. (Sahih Bukhari no.4813)
Manusia yang zalim pun diberi keringanan siksaan kerana pernah gembira dengan kelahiran Nabi saw.
*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ... Semoga bermanfaat buat kita semua ...
*HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF KEPADA ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH SILAP YANG SENGAJA @ TAK DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN ANDA SEMUA DENGAN SAYA. 😉😉😉*