Search This Blog

KAKI KOMEN OGOS 2017 #KISAHHIDUPKU ...

Image result for welcome september tumblr
Alhamdulillah  ... Sedar tak sedar kita dah pun memasuki bulan ke sembilan tahun 2017 ... Bersyukur sangat kerana masih diberi peluang bersama-sama dengan orang yang aku sayang... Bersyukur juga kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki segala kelemahan diri...Maaf lambat skit promote kaki komen bulan nie... Maklum ler sibuk beraya...
Dah tu... Dah tu... Jom kita tengok plak kaki komen blog nie bagi bulan Ogos 2017 ... Meriah sangat uolls... Ada yang lama, kekal maintain gituuu... Ada juga yang baru... Apa lagi jom skodeng blog hebat depa plak sambil-sambil tinggal jejak ...


3.  mamapp
4.  kak gojes
6.  Noor Azlan
10.  Cik Kaktus

Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ... Terima kasih bebanyak korang-korang ... Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...

Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... Nie saje suke-suke ... Yang nak masuk senarai rajin-rajin berbicara ... Jangan ler sepi tanpa berita ...

SALAM AIDIL ADHA 2017


Esok(Jumaat) kita seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Adha ... Tak de persiapan ape2 pun ... Just guna baju raya lepas jer ... Kat tempat aku nih biasa nyer kalau raya jatuh hari Jumaat maka program penyembelihan akan dilakukan pada keesokkan hari nyer ... Bukan apa takut tak sempat muslimin nak solat Jumaat ... Elok jugak supaya tak terkejar-kejar... Program pun dapat dijalankan lebih sempurna ... Tak de lah penat sangat mereka-mereka yang bertugas ... Buat semua ... Harap maaf atas salah dan silap terlanjur kata ... Kami beraya di sini jer, mungkin Sabtu baru balik kampung ... Kepada sahabat2 yang pulang ke kampung halaman, hati-hati di jalanraya ...

Saat berderai jatuhTitisan air mata suci IBRAHIMMelihatkan keteguhan imanAnaknya ISMAILDikala itulah bermulaSejarah agungERTI SEBUAH PENGORBANAN ...


Semoga aku dan BigBoss berpeluang menjadi Tetamu Allah bersama-sama ...

SALAM KEMERDEKAAN 2017 #NEGARAKUSEHATISEJIWA


Salam Kemerdekaan 2017 untuk semua rakyat Malaysia tak kira di mana anda berada ... Dengan pelbagai masalah yang melanda Malaysia semakin suram sambutan kemerdekaan ... Apa2 pun saya masih rakyat Malaysia ... Moga Malaysia sentiasa dilindungi Allah s.w.t ... Semoga Malaysia terus aman ...

Pada 31 Ogos 2017, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun! Dah tua dah Malaysia nih korang ... So, kali nie  Ambang Merdeka akan disambut di Bukit Jalil pada sebelah malam selepas majlis penutupan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur ... Mesti meriahkan ditambah plak dengan kejayaan gemilang  dalam Sukan SEA kali nie ... Walaupun terlepas ibu segala emas , tahniah diucapkan kepada semua ... Semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung ...


๐ŸŒบSelamat Hari Merdeka ๐ŸŒบ

      SEMOGA ...

Merdeka Akidah  dari Kesyirikan.
Merdeka Syariat dari Kefasikan.
Merdeka Minda dari Kejahilan.
Merdeka Nafsu dari Keburukan.
Merdeka yg Haq dari yg Batil.

๐ŸŒธ Mantapkan iman tingkatkan amal,

Utk meraih Rahmat dan Redha Allah,
Itulah janji Allah dengan Syurga,

๐ŸŒธ Mohon Allah bebaskan dari Neraka,

Barulah merdeka dari siksa Nya,
Itulah merdeka yg sebenar,
Itulah merdeka yg dicari.

๐ŸŒธ Ampun dan maaf dipohon kini,

Seandainya ada terguris di hati,
Kehidupan dunia jangan khianati,
Di Akhirat nanti tidaklah rugi.

#NEGARAKUSEHATISEJIWA