Search This Blog

CPUV NUFFNANG #126 | FRISO GOLD

Kejadian berlaku hujung bulan lepas... Masa nih aku tengah sibuk... Badan pun penat lagi masa nih... Maklum ler baru lepas berjuang... Dapat CPUV daripada #nuffnang dengan kempen daripada Friso Gold... 
Friso Gold nak memperkenalkan teknologi terbaru yang digunakan untuk susu mereka...

Teknologi LocNutri™ Friso Gold memelihara nutrien dalam bentuk asalnya. Nutrien dalam bentuk asalnya lebih mudah untuk diserap. Oleh itu, teknologi LocNutri™ menggunakan hanya sedikit haba semasa proses penghasilan formula, agar protein dapat dikekalkan sebaik yang mungkin dalam struktur asalnya.
Protein memainkan peranan penting dalam penghasilan otot, kulit serta rambut. Ia juga menyokong sistem imun dan membantu dalam penghasilan antibodi, demi memastikan si manja sihat serta kuat dari dalam dan luar. 

Young Explorer

Friso Gold 3

Dari umur 1 – 3 tahun. Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak.


Bright Star

Friso Gold 4

Dari umur 3 tahun dan ke atas. Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak.


Klik logo di atas ⬆⬆ untuk maklumat lanjut dan sampel percuma... 

Kengkawan kalau ada terserempak iklan  menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik... Untuk mereka yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun xpe lah... Sob... Sob... Sob... 

Terima kasih #nuffnang
#FrisoGold #FrisoGoldMalaysia 
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct #kolaborasi

Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

NIKMATI SEMUA SALURAN HYPP TV


Keluarga aku adalah antara pelanggan HyppTV... Sekarang nih pelanggan depa dah mencapai 1,000,000 ++ orang... Sempena nak meraikan pelanggan-pelanggan depa nih dan sambutan Aidilfitri, depa buat kejutan... 

Lebih 100 saluran boleh dinikmati di HyppTV dan HyppTV Everywhere... Selama sebulan korang weiii... Mulai 19 Jun 2017 sampai lah 18 Julai 2017 ...   Wahhh... So dalam tempoh sebulan nie,  kita leh tengok mana-mana saluran tak kira lah pakej ape korang ambik... Berebut remote lah jawab nyer nanti ... Takpe-takpe... Aku rahsia kan mende nih dari pengetahuan bebudak nih... Muahahaha... 

Antara saluran yang terlibat... 

Dan banyak lagi rancangan yang menarik... 

#HyppTV 
#HyppTVEverywhere 
#TambahLagiKeajaibanAidilfitri

SINDIKET PENIPU "SITA HARTA"


Saya dapat cerita nih daripada kengkawan dalam group wasap... Lepas baca kisah nih rase nak share ngan keluarga dan kengkawan semua... Hati-hati semua agar tidak terkena...

**********

Pagi ni (Khamis 15 Jun 2017) sekitar jam 10pagi, di kala tengah sibuk buat kerja, saya terima call drpd seorang perempuan yg memperkenalkan dirinya sbg "Shira" dari "IPD Ampang Jaya". Dia sebut nama isteri saya dan tanya sama ada kenal atau tidak. Dia juga bertanya tentang alamat (rumah mertua saya). Saya pun mengaku la itu isteri saya dan tanya dia kenapa. Lepas tu dia cakap dia ada waran nak sita harta. Saya pun tanya sebab apa nak kena sita harta. Dia cakap tak pasti dan suruh saya call tel no: 011-37620507 & bercakap directly dgn "Pn. Zainab". Bila saya tanya apa nama Legal Firm, dia dgn terkial2 nak bagitau nama Legal Firm. Lokasi firm tu dekat Kompleks Mahkamah Jalan Duta, dia cakap. Dipendekkan cerita, saya pun GOOGLE nama Legal Firm tersebut tapi tak jumpa. Saya terus call Mahkamah Jalan Duta (tel no:03-62094000) untuk buat pengesahan. Namun pegawai tersebut menegaskan bahawa "tak ada satu pun Legal Firm buka ofis dekat dalam mahkamah. Semuanya dekat luar. Itu scam, encik." Bila dengar jawapan tu, saya pun buat tak kisah la lagi dengan "Legal Firm" tu.

Namun, sekitar jam 12:30tghari, saya terima call drpd no hp yang lain pula. Kali ni, seorang lelaki yang call & memperkenalkan diri dia "ASP Kamal b. Kamarudin" drpd "IPK Selangor" (Shah Alam). Suara lelaki ni tegas ala2 polis dekat pulapol & kaedah dia pun sama juga macam "Shira" tadi. So, saya pun counter back dgn cara yg sama. Sebab apa nak kena sita & apa nama Legal Firm. Bila tanya lokasi Legal Firm, ASP tu naik angin & dengan kasar cakap dia tak tahu. Kali ni dia suruh call "Tn. Hj. Musa" di tel no: 03-27278679 utk info lanjut. Saya siap mintak "No Anggota" & dia bagi no: G874301 dgn penuh confident. Dipendekkan cerita, saya terus call IPK Selangor (03-5514522) utk buat semakan & pengesahan. Saya dimaklumkan "No Anggota" tersebut tak wujud & tiada pegawai polis bernama "Kamal b. Kamarudin" di IPK Selangor. Itu semua tipu, pegawai tu cakap.

So, lepas ambik anak dekat sekolah pd sebelah petang, saya terus pergi Balai Polis Gita' utk buat laporan polis sebab bimbangkan keselamatan ahli keluarga. Belum sempat saya bagitau tujuan nak buat report, polis tu terus cakap "Encik nak report pasal terima panggilan nak kena sita harta ker?" Ya Allah, rupa2nya dah ada dah yg terkena sebelum ni. Sindiket ni akan ugut kita supaya kita bayar mereka certain amount utk "settle tepi".

I share because I care & tak nak ada orang yg kena tipu oleh sindiket ni. Pls make sure buat semakan & pengesahan dahulu dgn "pihak yg berautoriti" kalau terima call mcm ni in future.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekian, terima kasih. Wallahu'alam..

Yang benar,
AZIZ ELIAS
Khamis, 15 Jun 2017
20 Ramadan, 1438H

********************

Semoga bermanfaat buat semua...
Hati-hati di mana jua anda berada...