Search This Blog

TIPS JIWA TENANG


Fuhhh... Fuhhh... Naik berhabuk dah blog nih... Sebaik tak bersawang lagi... Seminggu tak berupdate... Hehehe... 

So,  hari nie saya nak kongsi ngan kengkawan... TIPS untuk mendapatkan jiwa yang tenang... Dalam zaman yang serba mencabar nih,  macam-macam masalah ada... Kalau tak pandai menangani nyer boleh jadi gila@stress... 


Jom baca... Semoga bermanfaat buat saya sendiri dan kengkawan semua... 

1. TIDAK MEMBENCI
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah kat korang.

2. TIDAK MERUNGUT
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa. Mengadu lah pada Yang Maha Mengasihani. 

3. BERSEDERHANA
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta. Tak payah nak tunjuk sangat walaupun mampu sebenar nyer. 

4. BERSANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian. Sentiasa lah beranggapan orang lain lebih baik daripada kita. 

5. SELALU  SENYUM
Senyumlah walaupun hati terluka. Senyum terukir di bibir, hati di dalam tiada sape yang tahu. 

6. SELALU  MEMBERI
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya. Sedekah lah walaupun sebesar biji sawi. 

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya. Doa untuk semua orang. 

8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI
Jangan berdengki dengan kejayaan kengkawan dan saudara-mara, berdoalah semoga kita jua akan berjaya. Jika kita dengki dengan mengaibkan mereka,  Ingtlah  segala
amal baik kita pasti hangus. Allah tak terima amal kebajikan orang yang berhasad dengki.

9. MUDAH MEMAAFKAN
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan di dalam memaafkan. 

10. HINDARI PERMUSUHAN
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.



SILA SHARE DAN SEBARKAN😉
Semoga bermanfaat buat kita semua. 

KENAPA #NUFFNANG SUNYI SEPI


Awat ler tak bertambah-tambah pun nie ??? Tak de pun kempen baru masuk... Nak habis bulan dua dah, satu apa pun tak de lagi... Kedekut sungguh laaa... Nak bankrap ker ape... Huiiissshhh... Jangannnn... 

Kisah Hidup Ku ...

Jom Bercontest

Nak merajuk ker cam ner nie... Apa-apa pun harap kengkawan sudi ler jenjalan kat blog saya tu... Join contest & giveaway ... Sambil-sambil tu tinggal ler komen sepatah dua... Nak wat karangan pun boleh...

😢😢😢
😤😤😤😤😤
😬😬😬😬😬😬😬