Search This Blog

Pecutan 10 Malam Terakhir

Assalamualaikum kengkawan semua ... Nampak nyer pose kita dah masuk fasa yang terakhir ... Rase nyer masih belum terlambat saya nak kongsi dengan kawan-kawan berkenaan pecutan malam terakhir ramadhan ... Maklumat nie saya dapat daripada pakcik saya ... Kata nyer, Perkongsian dari Ustaz Muhadir di IKIM ... Bermula malam ni amalkan paling kurang pun bacaan ...

1. Al Fatihah 3x



2. Al Zalzalah 2x




3. Al Kafirun 4x



4. Al Ikhlas 3x


5. Yaasin 1x



Sebaik2nya satu set baca di waktu pagi dan satu set dibaca pada waktu malam ... Kira nyer ini yang paling minimum lah  ... Kalau mahu baca lebih dari satu set juga digalakkan ...
Ini adalah bacaan paling minima buat 10 malam terakhir Ramadhan ... Kalau berkemampuan boleh digandakan lagi amal ibadat ... Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang mendapat lailatul qadar ...
Aamiin ...

Semoga bermanfaat buat saya dan anda semua ...

SALAM TAKZIAH | Prof. Izzi  Hj Ali




اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها، وَأَكْرِمْ نُزُلَها، وَوَسِّعْ مَدْخَلَها، وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبر.


AL FATIHAH

ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ
ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *
ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *
ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *
ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *
ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*
ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ uﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ
*ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ


Takziah dan Al-Fatihah diucapkan di atas pemergian pakar motivasi terkenal, Profesor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof. Izzi  Hj Ali yang telah disahkan meninggal dunia pada 12.45 tengah hari kelmarin ... Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat menghidap strok ...


Beliau amat terkenal dengan tagline ‘renung-renungkan dan selamat beramal’ ... Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yg terbaik ... Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman ... Semoga keluarga redha dan tabah menghadapinya ... Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham ... Sama-sama kita mendoakan rohnya dicucuri rahmat ...




Yang Mengasihani




_*Ya Allah..*_
_Jika hari ini ada di antara kami yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...Berikanlah kesembuhan untuknya..Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.._

_*Ya Allah..*_
_Jika hari ini ada di antara kami yang kesulitan rezki, Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki.._

_*Ya Allah..*_
_Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu...Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar..Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu..Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan._

_*Ya Allah..*_
_Jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya..Sombong, iri hati, dengki dan dusta..Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah.._

_*Ya Allah..*_
_Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yang merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan...Bukakanlah pintu hatinya..agar memaafkan kami.._

_*Ya Allah,*_
_ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa kaum Muslimin dan muslimat.Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani_

_*Aamiiin Ya Rabbal Alamiin..*_