Search This Blog
London Slimming Treatment
Yehooo ... Nak tanya kengkawan nih ... Sebagaimana yang korang ketahui dua tiga hari lepas kan birthday aku ... So tadi aku ada dapat massage nih ... Cam tau tau jer aku nih gemokkk ...
Hmmmm ... Kengkawan ada tak dapat massage cam nie ? ... Boleh caye ker nih ? Kang pergi pergi kang ada caj terselindung plak ... Yang pelik nyer mana depa nie dapat no phone aku and cam ner depa tau birthday aku ... Hahaha ... Abaikan jer lah ... Puiii ...
Panduan Untuk Lepasan SPM
Alhamdulillah ...Masing-masing telah memperolehi keputusan SPM ... Tak kira apa pun result nyer, tindakan selepas nie adalah amat penting ... Tak perlu terlalu gembira dan tak perlu terlalu sedih ... Ramai lepasan SPM masih buntu membezakan antara Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma dan Sijil Kemahiran ... Tak tau nak pilih yang mana satu ... Pening pening ... Ibu bapa pun pening ... Nak tolong pun tak berapa nak tau ... Meh sini aku nak cite skit ...
Asasi – Jika rasa anda boleh catch-up silibus dengan cepat dan pandai uruskan masa antara belajar dan bermain, go ahead. Asasi suits you well. Program asasi adalah selama 1-1.5 tahun, ikut university pilihan. Selepas habis asasi, boleh terus masuk Ijazah di university yang sama. For instance, pelajar Asasi Ekonomi dan Pengurusan di UIA boleh menyambung pengajian dalam Ijazah di UIA (Accounting, Economics, etc). Tak perlu isi UPU dah unless kalau nak tukar university for degree (rare cases). Keburukan asasi ialah, jika anda tak dapat catch up the silibus and dapat CGPA tak berapa memuaskan for the whole asasi,anda mungkin dapat ijazah lelong. Ijazah lelong ni maknanya, dapat ijazah yang bukan bidang yang sama dalam asasi. Kalau tak nak ijazah lelong, repeat balik macam budak SPM. Jika failed asasi, sijil anda tak laku, kena repeat balik macam student SPM. Rugi setahun atau 1.5 tahun anda. Jika anda fast-learner ataupun your time management is quite good, then I recommend you to take Asasi.
Matrikulasi – Matrikulasi sama sahaja konsep seperti Asasi. Cumanya, lepasan Matrikulasi untuk menyambung ijazah kena apply through UPU. Untuk aliran Akaun, kalau nak ijazah Accounting, wajib score CGPA4.0 untuk mendapat tempat di IPTA. Kalau IPTS, boleh sahaja. Lepasan matrikulasi dan asasi boleh apply untuk menyambung pengajian di luar negara.
STPM dan STAM – Kedua-duanya belajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar selepas SPM dah tak nak masuk sekolah, and they tend to choose other than STPM & STAM. Untuk makluman, STPM is equivalents to A-Level. Tahap kesusahan adalah slightly sama. Untuk pelajar yang bercita-cita untuk menyambung pengajian di tanah Arab, selepas SPM boleh sambung STAM. Lepasan STPM juga boleh untuk belajar di luar negara, make sure CGPA3.5 dan ke atas untuk apply sponsorship (afterschool.my). Intake for UK dan US adalah pada bulan September,intake for Australia pada bulan February. Jika kita bandingkan kualiti antara STPM dan Matrikulasi, personally saya akan pilih STPM. Range of grade for STPM jarang jatuh, jadi kualiti itu terjaga. Salah satu sebab kenapa STPM recognised worldwide. Korang nak pergi Canada guna STPM pun boleh, as long as CGPA kena ok. Masa STPM korang dibiasakan dengan assignment, researches dan stuff jadi bila masuk ijazah nanti anda ada fundamental yang kukuh. Taklah terkebil-kebil bila first time masuk degree kena buat assignment dah. Untuk keburukan STPM, pembelajaran di sekolah. Ramai tak nak. But quality of the STPM is really impressive. Kos belajar kat sini pun agak rendah berbanding dengan yang lain tetapi hasil nyer amat memberansangkan.
Diploma – Jangka waktu belajar untuk diploma selalunya antara 2 – 3 tahun, depends kepada course dan university. Diploma ni sedikit rileks dan tak compact macam Asasi dan Matrikulasi. Anda belajar tak terlalu cepat, dan tak terlalu lambat. So-so. Kalau anda rasa anda lambat pick-up sedikit belajar, ambil Diploma. Ramai time Diploma boleh score CGPA3.5 ke atas walaupun time SPM dahulu kurang memuaskan. But still, ada orang yang kecundang dalam Diploma sebab rileks over sangat. Natang. Masa pengajian Diploma pun, korang akan dibiasakan dengan assignment, researches & stuff. Jadi tiada masalah kalau masuk Degree nanti. Biar lambat asal selamat.
Sijil Kemahiran – Tak semua orang mahir atas kertas & tak semua orang mahir dalam kemahiran. Nowadays, kemahiran sangat demand dalam pasaran kerja. Kerana graduan university sekarang keluar universiti with zero experiences. Mungkin ada ramai yang pandang serong sebab nama “Sijil” tapi “Sijil” yang korang tak pandang inilah yang paling bernilai sekarang. Dengan “Sijil” ini anda dapat buka business sendiri, buka butik sendiri, buka kedai kek sendiri, buka bengkel sendiri. Kerja sendiri ni lebih best dari kerja makan gaji (kerja bawah orang). Kalau anda buka kedai sendiri dengan marketing dan management yang bagus, saya jamin gaji anda boleh mengalahkan gaji orang yang makan gaji. Lepas SPM kalau dah tak minat belajar teori, ambil kursus kemahiran. Habis sahaja kursus kemahiran, buka business. MARA anda berikan pinjaman usahawan kepada usahawan muda untuk buka business, boleh apply. Sijil kemahiran ni anda boleh ambil di Giat MARA, Kolej Komuniti dan sebagainya.
Ingat, belajar dalam apa bidang pun pasti berjaya. Hanya perlu berusaha. Masuk ke universiti bukan bukti anda berjaya. If you can survive the reality of life, then you are succeed. Kalau anda nak jadi Direktor/Pengarah Filem, Pakar Animasi, Baker, Mekanik and others, just proceed with your ambition. Tiada siapa boleh halang cita-cita anda.
Untuk pelajar lepasan SPM, saya syorkan survey course anda di IPTA dan IPTS. Bukan setakat di IPTA sahaja, IPTS ada program yang lebih popular dari di IPTA. Untuk ke IPTS, jangan risau pasal yuran/elaun sebab ada pinjaman MARA bagi yang layak (tengok pendapatan keluarga). For IPTA, try to avoid ambil PTPTN cuba pilih pinjaman pelajaran lain seperti pinjaman JPA. Do visit here for sponsorship, education loan & study grants.
Maklumat nih saya dapat kat group wasap ... Ada yang saya edit skit ... Kalau saya, saya lebih prefer STPM, STAM, Diploma atau Sijil Kemahiran ... Memandangkan saya adalah bekas pelajar Asasi UM, saya rasa ada sedikit kekurangan ... Bukan masalah silibus atau tenaga pengajar sebenar nyer ... Tetapi lebih kepada peluang pekerjaan ... Kalau Asasi atau Matrikulasi, tak boleh nak digunakan untuk memohon kerja ... Kalau ada Diploma atau Sijil Kemahiran, boleh digunakan untuk memohon pekerjaan ... STPM dan STAM pula mempunyai kelebihan kat atas jugak ... Disamping kos yang agak rendah dan tenaga pengajar yang berpengalaman ... Tapi masalah orang kita nih @orang Melayu nih, kalau boleh lepas SPM tak mo dah pakai baju sekolah ... Huhuhu ... Tepuk dada tanya iman ...
Semoga sedikit maklumat nie berguna untuk pelajar yang masih keliru ... Panduan bagi ibubapa untuk membimbing anak-anak ...
Subscribe to:
Posts (Atom)