Search This Blog

Panduan Untuk Lepasan SPM


Alhamdulillah ...Masing-masing telah memperolehi keputusan SPM ... Tak kira apa pun result nyer, tindakan selepas nie adalah amat penting ... Tak perlu terlalu gembira dan tak perlu terlalu sedih ... Ramai lepasan SPM masih buntu membezakan antara Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma dan Sijil Kemahiran ... Tak tau nak pilih yang mana satu ... Pening pening ... Ibu bapa pun pening ... Nak tolong pun tak berapa nak tau ... Meh sini aku nak cite skit ...

Asasi – Jika rasa anda boleh catch-up silibus dengan cepat dan pandai uruskan masa antara belajar dan bermain, go ahead. Asasi suits you well. Program asasi adalah selama 1-1.5 tahun, ikut university pilihan. Selepas habis asasi, boleh terus masuk Ijazah di university yang sama. For instance, pelajar Asasi Ekonomi dan Pengurusan di UIA boleh menyambung pengajian dalam Ijazah di UIA (Accounting, Economics, etc). Tak perlu isi UPU dah unless kalau nak tukar university for degree (rare cases). Keburukan asasi ialah, jika anda tak dapat catch up the silibus and dapat CGPA tak berapa memuaskan for the whole asasi,anda mungkin dapat ijazah lelong. Ijazah lelong ni maknanya, dapat ijazah yang bukan bidang yang sama dalam asasi. Kalau tak nak ijazah lelong, repeat balik macam budak SPM. Jika failed asasi, sijil anda tak laku, kena repeat balik macam student SPM. Rugi setahun atau 1.5 tahun anda. Jika anda fast-learner ataupun your time management is quite good, then I recommend you to take Asasi.

Matrikulasi – Matrikulasi sama sahaja konsep seperti Asasi. Cumanya, lepasan Matrikulasi untuk menyambung ijazah kena apply through UPU. Untuk aliran Akaun, kalau nak ijazah Accounting, wajib score CGPA4.0 untuk mendapat tempat di IPTA. Kalau IPTS, boleh sahaja. Lepasan matrikulasi dan asasi boleh apply untuk menyambung pengajian di luar negara.

STPM dan STAM – Kedua-duanya belajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar selepas SPM dah tak nak masuk sekolah, and they tend to choose other than STPM & STAM. Untuk makluman, STPM is equivalents to A-Level. Tahap kesusahan adalah slightly sama. Untuk pelajar yang bercita-cita untuk menyambung pengajian di tanah Arab, selepas SPM boleh sambung STAM. Lepasan STPM juga boleh untuk belajar di luar negara, make sure CGPA3.5 dan ke atas untuk apply sponsorship (afterschool.my). Intake for UK dan US adalah pada bulan September,intake for Australia pada bulan February. Jika kita bandingkan kualiti antara STPM dan Matrikulasi, personally saya akan pilih STPM. Range of grade for STPM jarang jatuh, jadi kualiti itu terjaga. Salah satu sebab kenapa STPM recognised worldwide. Korang nak pergi Canada guna STPM pun boleh, as long as CGPA kena ok. Masa STPM korang dibiasakan dengan assignment, researches dan stuff jadi bila masuk ijazah nanti anda ada fundamental yang kukuh. Taklah terkebil-kebil bila first time masuk degree kena buat assignment dah. Untuk keburukan STPM, pembelajaran di sekolah. Ramai tak nak. But quality of the STPM is really impressive. Kos belajar kat sini pun agak rendah berbanding dengan yang lain tetapi hasil nyer amat memberansangkan.

Diploma – Jangka waktu belajar untuk diploma selalunya antara 2 – 3 tahun, depends kepada course dan university. Diploma ni sedikit rileks dan tak compact macam Asasi dan Matrikulasi. Anda belajar tak terlalu cepat, dan tak terlalu lambat. So-so. Kalau anda rasa anda lambat pick-up sedikit belajar, ambil Diploma. Ramai time Diploma boleh score CGPA3.5 ke atas walaupun time SPM dahulu kurang memuaskan. But still, ada orang yang kecundang dalam Diploma sebab rileks over sangat. Natang. Masa pengajian Diploma pun, korang akan dibiasakan dengan assignment, researches & stuff. Jadi tiada masalah kalau masuk Degree nanti. Biar lambat asal selamat.

Sijil Kemahiran – Tak semua orang mahir atas kertas & tak semua orang mahir dalam kemahiran. Nowadays, kemahiran sangat demand dalam pasaran kerja. Kerana graduan university sekarang keluar universiti with zero experiences. Mungkin ada ramai yang pandang serong sebab nama “Sijil” tapi “Sijil” yang korang tak pandang inilah yang paling bernilai sekarang. Dengan “Sijil” ini anda dapat buka business sendiri, buka butik sendiri, buka kedai kek sendiri, buka bengkel sendiri. Kerja sendiri ni lebih best dari kerja makan gaji (kerja bawah orang). Kalau anda buka kedai sendiri dengan marketing dan management yang bagus, saya jamin gaji anda boleh mengalahkan gaji orang yang makan gaji. Lepas SPM kalau dah tak minat belajar teori, ambil kursus kemahiran. Habis sahaja kursus kemahiran, buka business. MARA anda berikan pinjaman usahawan kepada usahawan muda untuk buka business, boleh apply. Sijil kemahiran ni anda boleh ambil di Giat MARA, Kolej Komuniti dan sebagainya.


Ingat, belajar dalam apa bidang pun pasti berjaya. Hanya perlu berusaha. Masuk ke universiti bukan bukti anda berjaya. If you can survive the reality of life, then you are succeed. Kalau anda nak jadi Direktor/Pengarah Filem, Pakar Animasi, Baker, Mekanik and others, just proceed with your ambition. Tiada siapa boleh halang cita-cita anda.
Untuk pelajar lepasan SPM, saya syorkan survey course anda di IPTA dan IPTS. Bukan setakat di IPTA sahaja, IPTS ada program yang lebih popular dari di IPTA. Untuk ke IPTS, jangan risau pasal yuran/elaun sebab ada pinjaman MARA bagi  yang layak (tengok pendapatan keluarga). For IPTA, try to avoid ambil PTPTN cuba pilih pinjaman pelajaran lain seperti pinjaman JPA. Do visit here for sponsorship, education loan & study grants.

Maklumat nih saya dapat kat group wasap ... Ada yang saya edit skit ... Kalau saya, saya lebih prefer STPM, STAM, Diploma atau Sijil Kemahiran ... Memandangkan saya adalah bekas pelajar Asasi UM, saya rasa ada sedikit kekurangan ... Bukan masalah silibus atau tenaga pengajar sebenar nyer ... Tetapi lebih kepada peluang pekerjaan ... Kalau Asasi atau Matrikulasi, tak boleh nak digunakan untuk memohon kerja ... Kalau ada Diploma atau Sijil Kemahiran, boleh digunakan untuk memohon pekerjaan ... STPM dan STAM pula mempunyai kelebihan kat atas jugak ... Disamping kos yang agak rendah dan tenaga pengajar yang berpengalaman ... Tapi masalah orang kita nih @orang Melayu nih, kalau boleh lepas SPM tak mo dah pakai baju sekolah ... Huhuhu ... Tepuk dada tanya iman ...

Semoga sedikit maklumat nie berguna untuk pelajar yang masih keliru ... Panduan bagi ibubapa untuk membimbing anak-anak ...

FISTULA IN ANO


Sebenar nyer kisah kali ini berlaku minggu lepas ... Aku cam sedikit serba salah nak wat entry kat blog ... Tapi memandangkan BigBoss dan izin kan ... Kisah nyer pun dia tulis sendiri ... Aku pun dengan sedikit rase berat hati gigih jugak nak wat entry nih ... Semoga ianya menjadi panduan kepada kita semua ... Aku jugak nak wat entry nih sebagai rujukan, maklum lah dah tua tua nie mudah lupa ...

Kisah nyer dah lama bermula ... Tapi akhir nyer Ahad lepas, 28/2/2016 kena masuk wad ... Isnin tu minor operation dan Selasa 1/3/2016 tu dah boleh balik ... Nama penyakit nie FISTULA IN ANO seperti yang dibertau oleh Dr ... Dalam bahasa melayu aku pun tak tahu apekah ia nyer ... Jom baca kisah selanjut nyer ...

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Buat pertama kali aku dengaq namanya ... Apa benda fistula in ano ni? Rasanya buat band metal buh nama ni best gak..mcm ni ceghita dia..benda ni jadi kat aku.Mulanya aku mengalami sakit perut tp,bukan ini puncanya,since fistula ni lebih memberi ketidakselesaan yg lebih kat aku..so,aku ambik keputusan buat benda ni dulu.Sakit perut tu kita ceghita kemudian.

Fistula ni sebenaqnya sejenis penyakit yg kebanyakannya dialami org lelaki mengikut statistic kajian yg aku buat kt pakcik google.Apa dia fistula in ano ni? ni...mai kita sama2 tgk noo...Fistula in ano ialah bukaan kecil yang tidak normal terletak berhampiran dengan anus di mana ketidakselesaan sering timbul pada seseorang yang menggidap penyakit ini. Ini disebabkan timbulnya saluran kecil seperti terowong antara salur anal dan kulit luar.Mcm dlm gambaq kt bwh:-



Aku mula mengesan cam ada benjolan kt dinding kulit luaq bahagian punggung pd awal thn 2015.Dia mcm jerawat pon ada..atau pon mcm bisul..so,aku biaq ja dgn harapan dia hilang sendiri.Dok mai 2-3 hr bisul yg aku ingt tu pecah kluaq nanah bercampuq darah.Dan benjolan tu surut.Masa tu aku berasa amat lega dan menyangkakan bisul baik sendiri.Tp,xlama..selang 2 hari ja bengkak tu mai lagi..dan pecah kluaq nanah.Atau pon aku picit dia kluaq nanah.Mcm tu la proses dia selama lebih kurang setahun.Sakit dia xtau nk habaq lagu mana.Since aku pon mmg ulang alik ke hospital sebab appoitment sakit perut aku tu,aku ambik kesempatan utk check apa sebenaqnya penyakit yg rajin bengkak dan bernanah ni.So,dr situlah yg aku diberitahu mengenai penyakit fistula in ano....
Kebanyakan fistula bermula dari kelenjar dalam di dinding usus/anus atau rektum.Kemudian ayaq najis akan masuk ke dalam kelenjer tersebut dan akan menghasilkan nanah. Apabila nanah semakin banyak , maka satu jalan lain akan terhasil ( seperti terowong ) sehingga ke permukaan kulit luar.Sebab ni la kata doktor benda ni xmo baik.Bakteria/ayaq najis dr usus masuk dlm terowong dan menyebabkan bengkak dan nanah berulang2.

Simptom :
Kulit luar yang berhampiran dengan anus akan membentuk bengkak kecil ( seperti bisul) kemudian pecah dan akan mengeluarkan nanah.

Jenis rawatan :

1). Belah dan picit - Rawatan ini agak leceh kerana dr akan membuang semua bahagian daging yang bernanah dan lubangnya adalah sebesar duit syiling 50 sen, kemudian akan disumbat dengan kain sepanjang hampir 5 meter untuk menyerap nanah dan darah yang berkumpul di dalam lubang tersebut. Jika lubang tersebut tersumbat, maka bengkak seperti bisul akan kembali..dan kesakitannya boleh mencederakan orang lain (buleh mendatangkn kemarahan/naik gila)...maka nanah akan sentiasa mengalir sehingga ke akhir hayat.

2) Fistulotomy
  - Dr melalukan pemotongan terbuka untuk tahap rendah fistula ( jika fistula berada di bawah paras salur anal)-rawatan jenis ni doktor buat kt aku.

3) Seton
    - Kedudukan fistula berada di atas saluran anal...  maka dr akan memasukkan benang  dan diikat di antara kulit yang telah berlubang dan saluran anus ( dubur ).Benang tersebut akan memotong daging secara perlahan-lahan sehingga kedudukan fistula itu berada di bawah paras salur anal. Proses penukaran benang akan berlaku 2 minggu sekali. Ini untuk mengelakkan daya kemutan bahagian kawalan najis tidak terjejas. Setelah berada dibawah kaedah fistulotomy akan dilakukan.

Aku berkongsi ceghita ni bukan apa sebab aku rasa mungkin ramai kena penyakit ni.Tp,mungkin sebab malu ramai jugak yg xdapatkan rawatan.Maklum la benda ni jd kt tempat sulit.Aku dulu pun mcm tu..sebab tu la smpi lebih setahun aku tahan xhabaq kt sapa2.Masa doktor nk check aku dulu pon aku buleh sengih ja pasai doktor tu doktor perempuan.Bila dia tgk aku mcm tu,dia p panggil doktor lelaki utk check aku.Alhamdulillah doktor sngt memahami walaupon aku xbagi tau yg aku segan nk dia check aku..Utk sesapa yg ada rasa mcm simptom penyakit ni..please check up ngn mana2 doktor pakar..Jgn dibiarkn,nnt merebak lg susah.Cuma aku rasa,kalau ada rawatan dr dalaman lg baik kot..mcm supplement ka,so dia buleh heal from inside to outside.Bedah2 sakit woo...exspecially nk buang ayaq besaq...Naya....sekian..

Send from my vivo smart phone

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

So ... Kepada kengkawan atau sesiapa sahaja yang ada masalah nie ... Sila dapatkan rawatan dengan segera ... Dah melarat kang payah plak ... Sehingga ker hari nie, luka pembedahan BigBoss masih belum pulih sepenuh nyer ... Itupun ada hati nak bawak bebudak tengok movie ... Haisshhh ... Takpelah ... Doakan yang baik baik eak kengkawan ...

Happy Birthday To Me ...


Pejam celik pejam celik dah 39tahun aku bernafas di atas bumi milik Allah swt ... Alhamdulillah kerana masih bernafas untuk bersama orang-orang yang aku sayang terutama keluarga aku ... Syukur masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan ini ... Alhamdulilah masih dipanjangkan usia untuk memperbaiki apa yg lemah pada aku ... Doakan agar aku sentiasa meletakkan peraturan Allah dalam kehidupan ini ... Semoga Allah memberkati kehidupan aku di dunia dan akhirat ... Semoga dapat menjadi isteri yang solehah :-p dan ibu yang baik untuk anak-anak ... Pada semua terima kasih kerana sudi menjadi kawan ...

Ahahaha ...

Duhai diri ... Ingatlah saban waktu kematian semakin rapat menjengah ... Tingkatkan amal seiring bertingkatnya umur ... Insyaallah ...