Search This Blog

FISTULA IN ANO


Sebenar nyer kisah kali ini berlaku minggu lepas ... Aku cam sedikit serba salah nak wat entry kat blog ... Tapi memandangkan BigBoss dan izin kan ... Kisah nyer pun dia tulis sendiri ... Aku pun dengan sedikit rase berat hati gigih jugak nak wat entry nih ... Semoga ianya menjadi panduan kepada kita semua ... Aku jugak nak wat entry nih sebagai rujukan, maklum lah dah tua tua nie mudah lupa ...

Kisah nyer dah lama bermula ... Tapi akhir nyer Ahad lepas, 28/2/2016 kena masuk wad ... Isnin tu minor operation dan Selasa 1/3/2016 tu dah boleh balik ... Nama penyakit nie FISTULA IN ANO seperti yang dibertau oleh Dr ... Dalam bahasa melayu aku pun tak tahu apekah ia nyer ... Jom baca kisah selanjut nyer ...

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Buat pertama kali aku dengaq namanya ... Apa benda fistula in ano ni? Rasanya buat band metal buh nama ni best gak..mcm ni ceghita dia..benda ni jadi kat aku.Mulanya aku mengalami sakit perut tp,bukan ini puncanya,since fistula ni lebih memberi ketidakselesaan yg lebih kat aku..so,aku ambik keputusan buat benda ni dulu.Sakit perut tu kita ceghita kemudian.

Fistula ni sebenaqnya sejenis penyakit yg kebanyakannya dialami org lelaki mengikut statistic kajian yg aku buat kt pakcik google.Apa dia fistula in ano ni? ni...mai kita sama2 tgk noo...Fistula in ano ialah bukaan kecil yang tidak normal terletak berhampiran dengan anus di mana ketidakselesaan sering timbul pada seseorang yang menggidap penyakit ini. Ini disebabkan timbulnya saluran kecil seperti terowong antara salur anal dan kulit luar.Mcm dlm gambaq kt bwh:-



Aku mula mengesan cam ada benjolan kt dinding kulit luaq bahagian punggung pd awal thn 2015.Dia mcm jerawat pon ada..atau pon mcm bisul..so,aku biaq ja dgn harapan dia hilang sendiri.Dok mai 2-3 hr bisul yg aku ingt tu pecah kluaq nanah bercampuq darah.Dan benjolan tu surut.Masa tu aku berasa amat lega dan menyangkakan bisul baik sendiri.Tp,xlama..selang 2 hari ja bengkak tu mai lagi..dan pecah kluaq nanah.Atau pon aku picit dia kluaq nanah.Mcm tu la proses dia selama lebih kurang setahun.Sakit dia xtau nk habaq lagu mana.Since aku pon mmg ulang alik ke hospital sebab appoitment sakit perut aku tu,aku ambik kesempatan utk check apa sebenaqnya penyakit yg rajin bengkak dan bernanah ni.So,dr situlah yg aku diberitahu mengenai penyakit fistula in ano....
Kebanyakan fistula bermula dari kelenjar dalam di dinding usus/anus atau rektum.Kemudian ayaq najis akan masuk ke dalam kelenjer tersebut dan akan menghasilkan nanah. Apabila nanah semakin banyak , maka satu jalan lain akan terhasil ( seperti terowong ) sehingga ke permukaan kulit luar.Sebab ni la kata doktor benda ni xmo baik.Bakteria/ayaq najis dr usus masuk dlm terowong dan menyebabkan bengkak dan nanah berulang2.

Simptom :
Kulit luar yang berhampiran dengan anus akan membentuk bengkak kecil ( seperti bisul) kemudian pecah dan akan mengeluarkan nanah.

Jenis rawatan :

1). Belah dan picit - Rawatan ini agak leceh kerana dr akan membuang semua bahagian daging yang bernanah dan lubangnya adalah sebesar duit syiling 50 sen, kemudian akan disumbat dengan kain sepanjang hampir 5 meter untuk menyerap nanah dan darah yang berkumpul di dalam lubang tersebut. Jika lubang tersebut tersumbat, maka bengkak seperti bisul akan kembali..dan kesakitannya boleh mencederakan orang lain (buleh mendatangkn kemarahan/naik gila)...maka nanah akan sentiasa mengalir sehingga ke akhir hayat.

2) Fistulotomy
  - Dr melalukan pemotongan terbuka untuk tahap rendah fistula ( jika fistula berada di bawah paras salur anal)-rawatan jenis ni doktor buat kt aku.

3) Seton
    - Kedudukan fistula berada di atas saluran anal...  maka dr akan memasukkan benang  dan diikat di antara kulit yang telah berlubang dan saluran anus ( dubur ).Benang tersebut akan memotong daging secara perlahan-lahan sehingga kedudukan fistula itu berada di bawah paras salur anal. Proses penukaran benang akan berlaku 2 minggu sekali. Ini untuk mengelakkan daya kemutan bahagian kawalan najis tidak terjejas. Setelah berada dibawah kaedah fistulotomy akan dilakukan.

Aku berkongsi ceghita ni bukan apa sebab aku rasa mungkin ramai kena penyakit ni.Tp,mungkin sebab malu ramai jugak yg xdapatkan rawatan.Maklum la benda ni jd kt tempat sulit.Aku dulu pun mcm tu..sebab tu la smpi lebih setahun aku tahan xhabaq kt sapa2.Masa doktor nk check aku dulu pon aku buleh sengih ja pasai doktor tu doktor perempuan.Bila dia tgk aku mcm tu,dia p panggil doktor lelaki utk check aku.Alhamdulillah doktor sngt memahami walaupon aku xbagi tau yg aku segan nk dia check aku..Utk sesapa yg ada rasa mcm simptom penyakit ni..please check up ngn mana2 doktor pakar..Jgn dibiarkn,nnt merebak lg susah.Cuma aku rasa,kalau ada rawatan dr dalaman lg baik kot..mcm supplement ka,so dia buleh heal from inside to outside.Bedah2 sakit woo...exspecially nk buang ayaq besaq...Naya....sekian..

Send from my vivo smart phone

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

So ... Kepada kengkawan atau sesiapa sahaja yang ada masalah nie ... Sila dapatkan rawatan dengan segera ... Dah melarat kang payah plak ... Sehingga ker hari nie, luka pembedahan BigBoss masih belum pulih sepenuh nyer ... Itupun ada hati nak bawak bebudak tengok movie ... Haisshhh ... Takpelah ... Doakan yang baik baik eak kengkawan ...

Happy Birthday To Me ...


Pejam celik pejam celik dah 39tahun aku bernafas di atas bumi milik Allah swt ... Alhamdulillah kerana masih bernafas untuk bersama orang-orang yang aku sayang terutama keluarga aku ... Syukur masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan ini ... Alhamdulilah masih dipanjangkan usia untuk memperbaiki apa yg lemah pada aku ... Doakan agar aku sentiasa meletakkan peraturan Allah dalam kehidupan ini ... Semoga Allah memberkati kehidupan aku di dunia dan akhirat ... Semoga dapat menjadi isteri yang solehah :-p dan ibu yang baik untuk anak-anak ... Pada semua terima kasih kerana sudi menjadi kawan ...

Ahahaha ...

Duhai diri ... Ingatlah saban waktu kematian semakin rapat menjengah ... Tingkatkan amal seiring bertingkatnya umur ... Insyaallah ...



Peserta Mini Giveaway 2016 By Hani Rahman



Alhamdulillah ... Boleh tahan jugak bilangan peserta nyer ... Terima kasih kengkawan sebab join giveway saya yang tak seberapa nih ... Yang belum join masih ada masa lagi ... Jom ler bersama-sama memeriahkan suasana ... Pada yang dah join, jom tengok ada tak link korang kat sini ...











































Sambil tu jom ler jenjalan blog-blog hebat di atas ...
Terima kasih kengkawan ....