Search This Blog

Mandi Manda Di Kristal Villa, Kajang

Haaa ... Memandangkan cuaca sekarang agak panas ... Bestkan kalau dapat mandi manda ... Hasil kerajinan anak-anak aku meracun BigBoss, maka bersetuju lah beliau untuk ke Kristal Villa, Kajang ... Isshhh, kat mana plak tu ? 

Sebenar nyer tu kondo adik aku duk ngan isteri dia ... Ofkos lah ada kolam ... Lama dah dia ajak ke sana, tapi memandangkan BigBoss sibuk, kami buat-buat tak dengar jer bebudak nih cakap ... Hehehe ... Gegak gempita kejap rumah bila BigBoss memberi persetujuan ... Aku pun wasap ler adik aku ... Sementara bebudak siap, BigBoss sempat masak talapia goreng sambal nak buat makan2 kat sana nanti ...

Putra saje menghisap jari, aku tarik dia pie letak balik ...

Abang Long & Fatiha ... Abang Ngah hilang mana ntah ...

Mak aku pun excited nak ikut ...

Sampai jer di Kajang, kami makan dulu ... Sebab kami tak lunch lagi kat rumah tadi ... Biasa lah hari Ahad memang selalu nyer late lunch ... Maklum ler sarapan pun agak tersasar waktu nyer ... Huhuhu ...

Kolam nyer agak besar ... Orang pun tak berapa ramai ...

Fatiha mandi kat area kanak-kanak jer ...

Abang Long & Abang Ngah seronok lumba berenang sape sampai dulu ...

Putra buat peace tapi mata tengok orang lain ...

Seronok dia dapat mandi kolam ...

Tengok tu dah menggigil kesejukan ... Apetah dia nak cakap kat aku tu ...

Dalam pada mengeletar tu nak jugak posing peace ...

Mak aku tengok jer ...

Berdokong ngan PakChu nyer plak ...

Pemandangan di sekitar kolam ...

Sebenar nyer kat sebelah kolam nih ada mini playground ... So. lepas mandi manda tu bebudak nih main ler kejap ... Yang tua plak melepak, sambil-sambil nak tunggu air kering ... Malas nak tukar baju kat bawah ... Hahaha ...

Esok nyer tidor keletihan tak mo bangun ...

Alhamdulillah dapat meluangkan masa ngan family dan adik-beradik ... Bebudak nih request nak datang lagi ... Nak tido sekali ... Aku walaupun tak mandi tapi tetap seronok sebab anak-anak seronok ...



Amaran Pesawat TUDM Terbang Rendah


Wahai warga Kuala Lumpur dan Selangor ... Meh aku nak kabor ... Nanti nanti korang jangan terkejut plak ... Kelmarin depa call aku suh beritau korang ... Depa nak terbang rendah ... Haaa, jom baca ...

>>>>>>>>>><<<<<<<<<<

Tentera Udara Diraja Malaysia meminta orang ramai di sekitar Lembah Klang supaya tidak panik apabila melihat pesawat terbang rendah pada 24, 25, 26 dan 29 Februari ini. TUDM dalam satu kenyataan berkata, beberapa pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter akan membuat terbang lintas di ruang udara Lembah Klang sempena istiadat Penganugerahan Panji-panji Skuadron oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

''Istiadat akan melibatkan penganugerahan panji-panji kepada Skuadron Nombor 16, 17, 18 dan 20 bermula 24 hingga 26 Februari untuk raptai dan istiadat sebenar pada 29 Februari di Pangkalan Udara Subang,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pesawat-pesawat TUDM yang akan terlibat dalam penerbangan rendah antaranya Pesawat Su-30MKM, Hawk, F/A-18D, MiG-29N, C130H, Beechraft, Helicopter EC725 dan Nuri.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah di sepanjang tempoh tersebut.

>>>>>>>>>><<<<<<<<<<

Korang nanti pada tarikh-tarikh tu jangan kalut plak ... Bila pesawat terbang rendah kompem bunyi bising ... Jangan korang ingat nak perang plak ... Hehehe ... Yang pasti nyer mesti anak aku sendiri yang kalut ... Putra mesti kalut nak tengok jet pejuang ... Haisshhh ... Hehehe ...

Aplikasi Aduan Majlis Perbandaran Selayang

Aplikasi aduan Majlis Perbandaran Selayang dibangunkan untuk memudahkan penduduk Selayang membuat dan menyemak aduan. Melalui aplikasi ini, aduan boleh dihantar dalam bentuk gambar beserta lokasi GPS. Ini membolehkan MPS menerima aduan dengan lebih tepat cepat serta dapat memberi maklumbalas dengan lebih berkesan.

Pengguna aduan MPS boleh mengguna ID Pengguna dan Kata Laluan yang sama untuk aplikasi ini. Pengguna baru perlu membuat pendaftaran di link berikut http://goo.gl/DfZXSc

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.mps.gov.my 
atau Hotline MPS 03 - 6138 9898 @ 1 800 222 677

Aplikasi Aduan MPS juga boleh diakses melalui telefon bimbit ... Pengguna boleh download aplikasi tersebut untuk menggunakannya ...

Pengguna perlu memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan ... 
Pengguna baru perlu mendaftar terlebih dahulu ...


Pengguna boleh membuat dan menyemak aduan yang telah dibuat ... 

Aduan yang boleh diterima oleh Majlis Perbandaran Selayang adalah mengenai Alam sekitar, Bangunan, Bencana Alam, Bonggol, Cukai Taksiran, Haiwan, Halangan, Jalan, Kakitangan Majlis, Kemudahan Awam, Kerja Tanah, Lampu Jalan, Landskap/ pokok, Longkang, Masalah Papan Tanda, Mesin Meletak Kenderaan, Padang Permainan, Pasar Malam, Penguatkuasaan, Penyelenggaraan, Permohonan Lesen, Pesuruhjaya Bangunan(COB), Pusat Siber MPS dan Sampah ...

Aku alert pasal mende-mende nih pasal aku tinggal dalam kawasan di bawah selenggaraan MPS ... So, kalau ape-ape jadi senang aku nak buat aduan ... Selalu nyer pasal sampah dan anjing liar ler ... Semoga dengan ada nyer kemudahan nie persekitaran akan menjadi lebih bersih ... Diharap MPS juga dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif ... Cuma masalah sampah nie memerlukan anjakan minda pengguna-pengguna ... Aku tengok masih ramai yang tak kisah buang sampah merata-rata ... Penuh longkang ... Lagi teruk kalau lepas pasar malam @ pasar tani ...

Sekian bebelan aku kali nie ... Semoga bermanffat ...