Search This Blog

TAZKIRAH JUMAAT #38 | 7 SUNNAH HEBAT



Seperti biasa aku nak kongsi ilmu yang aku dapat ngan kengkawan ... Semoga menjadi peringatan untuk saya dan bermanfaat buat kengkawan ...

**********

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

By Ustaz Don Daniyal

**********

Haaa ... Hebat kan kalau kita dapat buat ketujuh-tujuh sunnah Nabi nie ... Pssttt, ingat ... Bukan kawen 2, 3 dan 4 jer sunnah Nabi ... 

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMI

Tengah aku skrol kat FB tadi aku terjumpa sesuatu yang menarik untuk aku kongsi ngan korang ... Lawak pun ada ... Jom baca ...

**********

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMI

✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk ...


✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan ...

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa ...

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya ... 

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga ...

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut ...

Oleh itu para suami.....


1. peluklah isteri

2. belai lembut rambutnya

3. sentuh wajahnya

4. gosok lembut lengannya

5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya

6. gosok lembut punggungnya

7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim ...

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya ...

**********

He he he ... Gelak aku baca tadi ... Terutama yang no.6 tu ... Adoiii laaa ... Korang rase betul ker ? Tak semua betul kot ... Tapi ape salah nyer kan ... Halal ... Pandai2 lah cover, janganlah menunjuk-nunjuk depan orang plak ...

Wallahua'lam ...




Sumber :-  FB Rahsia Hawa