Search This Blog

Selamat Hari Ibu




**********

Janganlah kamu memaksa isteri kamu bercantik2 d rumah selagi mana ketika dia di dapur berhempas pulas menumbuk sambal, blender bawang, menyiang ikan,mencincang daging.. sedangkan kamu duduk di depan tv menonton televisyen. Dia tidur lewat sebab tidurkan anakmu, bangun seawal pagi untuk membuat susu, setiap hari begitu sehingga wajahnya lesu dan bawah matanya hitam lebam membiru. Kamu hanya sekadar mengatakan isterimu tak pandai menjaga wajah dan menghilangkan selera kamu. Dia menahan bebanan 9 bulan dalam perut, meronta kesakitan untuk melahirkan anakmu, punggung melebar, perut berparut. Kamu hanya tahu menyuruhnya menjaga badan semula sedangkan kamu yang tak pernah mengandung pun perut boroi macam baru lepas telan seekor lembu. Sama2 lah membantu dalam urusan keluarga. Biar dia boleh cantik untukmu. Andai dulu dia dipandang cantik sebagai anak dara, kini apalah salahnya kamu pandang dia cantik selayaknya seorang ibu. Yang menjadikan mereka cantik adalah pandangan matamu. Kadang2 mereka dah cantik tetapi kamu yang tak mahu memandangnya begitu.

Hargailah isteri kamu
Selamat Hari Ibu
Mei 2015

~ Fedtri Yahya ~

Wordless Wednesday - 66 | CINTA DAN KASIH


Selamat Hari Lahir Putra Al Amin


Selamat Hari Lahir Muhammad Putra Al Amin ... Alhamdulillah, dua hari yang lepas genap usia Putra dua tahun ... Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu ...


Sempena meraikan birthday boy, bawak ler jalan-jalan ... Birthday boy relax jer, abang2 dan kakak yang terlebih teruja ... Kami ker Pantai Morib ... Nantikan entry nyer di episod akan datang ...



Suka makan coklat ... Eeee, comot nyer ...
Makan@minum semua nak buat sendiri ... Banyak yang ke lantai daripada yang masuk mulut ...


Pantang nampak IBU nyer pakai tudung ... Mesti nak ikut ... Sudai kain nak ikut ... Buang sampah nak ikut ... Haisshhh ... Alhamdulillah, masih lagi meneruskan nenen IBU dengan jaya nyer ...

Pandai dah nak main macam2 ... Hand phone, tab, laptop semua dia nak ... Last2 nangis ... Huwaaa ...

Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia & akhirat ... Kau jadikanlah dia anak yang soleh, yang menjaga solat dan agamanya ... Menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...