Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua ... Aku dapat msg nie dari group Whatsapp ... Aku rase nak kongsi dengan rakan2 semua terutama mereka2 yang terlibat ngan banjir ...
**********
[29/12 8:07 PM]
Nasihat Kpd Mangsa Banjir
Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.
Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV , peti ais , mesin basuh , table fan , peralatan letrik dapor dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah ..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.
Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpor.
Apa harus anda buat ......
1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.
2. Kumpul semua peralatan letrik , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.
3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur.
JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL
3. Bila dah rasa cukup bersih , jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.
4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.
5. Pasangkan balik back cover atau penutup.
6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.
Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV , peti sejuk , mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.
YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.
Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru ...
TOLONG C&P POSTING INI DAN FORWARD KEPADA RAKAN/KENALAN YANG JADI MANGSA BANJIR.
Mudah2an kita membantu ...
**********
Semoga maklumat INI berguna untuk kita semua ...
#Untuk Siaran Serta Merta
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Dalam kalut kalut orang sibuk kisah banjir terkejut aku bila dapat berita ada kapal terbang hilang ... "Hah! Hilang lagi ..."
Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.
Pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.
Ya Allah ...
Allahuakbar ...