Search This Blog

Roti - Iklan Raya PAS Gombak 2014


Sebuah iklan dakwah daripada Dewan Pemuda PAS Gombak sempena Hari Raya Idulfitri 1435 Hijrah ...
 Tahniah buat Pas kawasan Gombak ...
Moga-moga mesej iklan ini akan sampai ke dalam hati-hati seluruh masyarakat ...
Iklan nie pendek jer ... Tapi apa yang nak disampaikan memang sampai menitis air mata bagi yang paham ...
Semoga Allah limpahkan rezeki kepada semua hambanya yang ringan bersedekah ...

#‎PrayForGaza‬
‪#Save‎Gaza
‪#‎SavePalestine

Janji Allah Itu Pasti ...



Firman Allah s.w.t ...

Surah Al Anfal Ayat 17 ...

"Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melimpar ketika engkau melimpar, akan tetapi Allah jualah yang melimpar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah amat Mendengar, lagi amat Mengetahui" ...

Surah At Taubah Ayat 14 ...

"Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman."

Surah An-Nisaa' Ayat 104 ...

"Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan (pula) sebagaimana kamu menderitanya sedangkan kamu mengharapkan dari Allah apa yang tidak mereka harapkan.

Surah Al-Baqarah Ayat 249 ...

"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah."

Sesungguhnya pertolongan Allah SWT pasti datang kepada orang mukmin yang berjuang untuk menegakkan agama Allah SWT. Dia akan menghantar para malaikat-Nya untuk memberi bantuan tanpa diduga-duga. Sebelum tu perjuangan tu perlulah : 

1. Perjuangan itu mestilah perjuangan Islam berteraskan Al-Quran dan Sunah Nabi SAW.

2. Perlu persiapkan segala kelengkapan dan peralatan fizikal yang bersesuaian dengan keperluan semasa.

3. Perlu berdoa dan bertawakal  kepada Allah SWT dan yakin sepenuhnya bahawasanya  tidak ada kekuatan melainkan kekuatan Allah SWT.

4. Tidak melakukan maksiat semasa menjalankan tugas kerana kegagalan musuh dalam perjuangan adalah kerana maksiat mereka kepada Allah SWT walau pun mempunyai senjata yang lebih cangih.

5. Ikhlas berjuang semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana pangkat, kedudukan dan harta dunia.

Oleh itu para pejuang  yang berjuang menjaga keselamatan negara daripada penjenayah, penceroboh dan pengganas akan mendapat pertolongan Allah SWT. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji ...
 
 Wallahuálam.



#‎PrayForGaza‬ 
‪#Save‎Gaza
‪#‎SavePalestine