Search This Blog

Kronologi Kes Wad 8B


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kengkawan semua ... 
Baru lah ada masa skit nak berblog ... Nak menulis-nulis skit ... Alkisah Wad 8B ... Putra dah start demam since Ahad (23/2/2014)  lagi ... Tapi memandangkan stok ubat masih ada di rumah maka aku tak ler membawa nyer ke klinik ... Just bagi makan ubat demam yang ada dalam simpanan ... Keadaan Putra masa nie agak lemah, kurang nak berinteraksi dengan anggota keluarga yang lain ... Demam nyer pun on/off masa tu ... Setelah tiga hari keadaan nampak masih sama aku pun bawa ler Putra ke Klinik Kesihatan Gombak Setia ... Ramai giler pesakit ... Warga emas & kanak-kanak ... Memang Dr kate namapak keadaan Putra agak teruk ... Ujian darah dijalankan .... Meraung ler semasa proses mendapatkan sampel darah ... Hasil yang diperolehi amat mendukacitakan & merisaukan aku ... Platlet Putra menurunkan pada kadar yang tidak sepatut nyer ... Maka aku diarahkan ke hospital dengan segera ...


Nota yang menunjukkan keputusan ujian darah Putra ...

Aku dan BigBoss mengambil keputusan untuk membawa Putra ke Hospital Selayang ... Kami terus ke Bahagian Kecemasan ... Pemeriksaan dijalankan di Fever Centre .. Dalam musim sekarang jumlah pesakit amat ramai ... Di sini pemeriksaan dijalankan sekali lagi tanpa ujian darah dapat ler beberapa botol ubat dan diarahkan datang balik keesokkannya ... 
Alhamdulillah masa nie kami dibenarkan balik ...


Ramai wooo orang kat sini ...




Ubat2 yang diperolehi ...

Macam nak berperang bila nak bagi ubat kat anak2 ... Susah nyer lah ... Tido Putra agak lena hasil tindakan ubat2 tersebut ... Tapi masa nie aku dah perasan warna hingus Putra dah lain ... Agak keruh, dan bila aku lap .... Yesss, memang darah ... Allahuakbar ... Dalam hati nie Tuhan jer yang tahu ... Aku pun lap2 badan Putra dengan air, memastikan badan Putra tidak panas ... Masa nie aku rase lame nyer lah malam ... Cepat ler siang ... Makan dan minum Putra masa nie memang ler teruk .... Kurang selera makan ... Nak nenen pun terganggu dek kerana hidung tersumbat teruk ... Untuk pengetahuan korang kanak-kanak bawah 2tahun tak leh bagi ubat selsema ... Dr just bagi ubat titis dalam hidung untuk cair kan hingus2 tu ler ...



Sampai tertido ...

Khamis (27/2/2014) sekali lagi ujian darah dilakukan ... Keputusan ujian memakan masa 2 - 4 jam ... Mak aii lame giler ... Bersepau kami kat Hospital ... Hasil amat menakutkan aku ... Naluri aku sebelum nih memang betul ... Actually sebelum datang Hospital pagi nie aku dah siap sediakan baju Putra & aku, kot2 kena tahan ... Platlet darah turn sampai 33 ... Kami diarahkan ke Zon Kecemasan & sah Putra diarahkan masuk ker wad ... Wad 8B, Katil9 ... Allahuakabar ...


Zon Kecemasan ...

Masa kat zon nie beberapa prosedur dijalankan ... Cari urat nak masukkan jarum untuk masukkan air or untuk ambik darah ... Waris tak dibenarkan tengok (aku x tau ler memang polisi tak leh tengok ker ape) ... Aku tak dapat menahan sebak masa nie, aku lari jauh-jauh tak mo dengar Putra nangis ... Masa tulis nie pun bergenang air mata aku ... Lama nyer lah ... Mesti x dapat cari urat nih ... Memang betul tekaan aku, setelah beberapa kali cubaan gagal, prosedur dihentikan ... Tunggu pakar buat ... Adoiii ... Sampai ilang suara Putra meraung ...


Tengok tu , sampai tertido Putra keletihan menangis ...


Jarum ditangan untuk amek darah ... 
Kerana kes denggi, memang kerap ujian darah dilakukan ...


Jarum di kaki untuk masuk air ...
Kemasukkan air yang banyak perlu bagi kes denggi ...Tak de ubat tau ...

Sape2 yang pernah menjaga anak kecik yang kena tahan di wad mesti paham situasi masa nie ... Memang tak leh nak buat ape, dok ngadap die jer ... Hatta nak mandi pun kena tunggu BigBoss datang ... Baru ler dapat mandi ... Hehehe ... Sian Puta, tido jer ... Melepek ... Menangis ... Merengek tok sah cakap ler ...

Petang keesokkan hari nyer, Jumaat (28/2/2014) keadaan Putra beransur pulih ... Wayar masuk air pun dah cabut ... So, senang ler nak berjalan-jalan skit ... Dalam tempoh masa nie; beberapa kali ujian darah dilakukan  ... Alhamdulillah, keputusan agak memberangsangkan ... Platlet bertambah tetapi masih belum mencukupi ...


Putra main kereta tolak-tolak ..


Pada keesokkan hari nyer Sabtu (1/3/2014) ... Hasil pemeriksaan Dr. Pakar , keadaan Putra bertambah baik ... Platlet telah bertambah kepada 157 ...
Yeayyy, dah boleh discharge ...
Alhamdulillah ...


Laju Putra bawak kete nak balik umah ...

Catuan Bekalan Air 2014

Sana sini ramai yang mengeluh kerana ketiadaan air ...
Pelan catuan terpaksa dilaksanakan kerana kekurangan bekalan akibat cuaca panas ...
Berikut adalah Pelan Catuan Bekalan Air untuk makluman semua pengguna yang terlibat:- 



Macam agak terlewat maklumat nie, tapi mungkin masih berguna ...

Tanggungjawab Anak Lelaki Kepada Ibu Bapa Selepas Berkahwin

Seperti kita tahu,apabila kita sudah berkahwin,komitmen kita semakin bertambah,tetapi adakah kita harus menghentikan tanggujawab kita kepada ibu dan ayah hanya kerana komitmen kita yang semakin bertambah?

Hubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga.Sekiranya ibu bapanya miskin tidak berharta, sebagai anak wajiblah membantu kedua ibu bapanya dan tidak menjejaskan nafkahnya kepada ahli keluarganya sendiri. Kerana keredhaan Allah SWT bergantung kepada keredaan ibu dan bapa.
Diriwayatkan dari jabir Ibnu Abdillah ia berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah mengambil hartaku".
Kemudian malaikat Jibril pun turun kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Allah Azza Wajalla menyampaikan salam kepadamu. Apabila orang tua itu datang kepadamu maka tanyalah kepadanya tentang sesuatu yang dikatakan dalam dirinya dan hanya di dengar oleh telinga saja".
Tatkala orang tua itu datang, Rasulullah SAW pun bertanya: "Mengapa anak lelakimu mengeluh tentang sikapmu, dan apakah engkau ingin mengambil hartanya ?".
Orang tua itu pun berkata: "Tanyalah kepada anak lelaki ku itu ya Rasulullah, apakah aku menggunakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku".
Rasulullah SAW berkata: "Janganlah ceritakan hal ini kepada kami, beritahulah aku tentang sesuatu yang engkau ucapkan dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu". (sesuai dengan perintah malaikat Jibril tadi)
Orang tua itu pun berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, Allah SWT selalu menambah keyakinan kami terhadap diri baginda. Aku telah mengucapkan sesuatu dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku".
Rasulullah SAW bersabda: "Katakanlah agar saya dapat mendengarnya". Orang tua itu pun berkata:
"Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan ku biayai engkau ketika dewasa.
Engkau minum dari rezeki yang kuberikan kepadamu.
Bila engkau sakit di waktu malam, aku tidak tidur dan gelisah semalaman kerana penyakitmu.
Seakan akulah yang terkena penyakit itu bukannya engkau sehingga akhirnya aku menangis.
Diriku takut jika engkau binasa.
Supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.
Tatkala engkau menjadi besar dan mencapai akhir usia, aku pun tidak mengharapkanmu.
Engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.
Jika engkau tidak memelihara hak aku sebagai seorang bapa cukupah engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan.
Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu".
Ketika itu Rasulullah SAW memegang leher baju anak lelaki tersebut dan berkata: "Engkau dan hartamu milik ayahmu".
Jelaslah bagi kita betapa penting tanggungjawab anak lelaki terhadap kedua ibu bapa. Walaupun dia sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan isteri dan anak-anaknya tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapa tidak boleh diabaikan.

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI
** Kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua nya penting ...
SUMBER